'Perolehan ventilator tahun 2020, saya jadi Menteri Kesihatan Ogos 2021' - KJ
Iklan
Khairy Jamaluddin.
SHAH ALAM - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan perolehan peralatan ventilator ketika pandemik Covid-19 dilakukan oleh menteri yang memegang jawatan itu pada tahun 2020.
Khairy berkata, penerangan tersebut dibuat susulan ramai yang meminta beliau untuk memberi penjelasan terhadap kegagalan mesin itu berfungsi.
Iklan
Iklan
"Untuk perolehan ventilator, ramai bijak pandai ini kata (saya) kena jawab soal ventilator dan perolehan ventilator ini (dilakukan) pada tahun 2020.
"Saya jadi Menteri Kesihatan pada Ogos 2021, even you cannot get the facts right, i don't even know why you're talking to me' (sedangkan anda tidak dapat fakta yang tepat, saya tidak tahu kenapa anda perlu bercakap hal ini kepada saya),” katanya menerusi Program podcast Keluar Sekejap episod 62 pada Rabu.
Iklan
Berdasarkan laporan Pengurusan Wabak Covid-19: Vaksin Luput Tempoh Hayat, Peralatan Ventilator Tidak Dapat Digunakan dan lebihan Peralatan Perlindungan Diri (PPE) yang dikeluarkan PAC, tiada kontrak digubal antara Kementerian Kesihatan dan PLSB mengenai perolehan ventilator dan Penasihat Undang-undang KKM juga tidak dirujuk semasa proses penyediaan surat pelantikan PLSB.
Dalam pada itu, Khairy memberitahu, penjelasan itu dibuat bukan kerana mahu menyalahkan menteri lain sebaliknya untuk masyarakat mendapatkan jawapan daripada individu yang tepat.
Iklan
"Bukan saya nak cakap yang ini saya campak menteri lain di bawah bas (menyalahkan menteri lain), tetapi ini adalah fakta, soal vaksin saya tak campak sesiapa di bawah bas.
"Tetapi ventilator macam mana saya nak bertanggungjawab tentang mesin tersebut. Saya bukan Menteri Kesihatan pada waktu itu. Jadi kalau nak cakap soal ventilator perlu tanya pada tuan punya badan, bukan saya,” ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil beri sinar harapan, kumpul RM134,477.79"><meta itemprop="description" content="Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil beri sinar harapan, kumpul RM134,477.79
Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil memberi sinar harapan kepada kanak-kanak yang memerlukan rawatan jantung apabila berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM134,477.79 hasil keprihatinan masyarakat seluruh negara, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid dan juruvideo, Zamir Yusof.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr Shaiful Azmi Yahaya berkata, sumbangan berkenaan memberi peluang kepada pesakit mendapatkan akses kepada rawatan yang diperlukan, selain meringankan kebimbangan kewangan keluarga.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797454/berita/nasional/kempen-sinar-untuk-jantung-si-kecil-beri-sinar-harapan-kumpul-rm134477-79
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-22T12:28:15.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P180S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbbg4c2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbbg4c2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbbg4c2"></script>