Bicara kes 1MDB Najib bermula hari ini
Iklan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hadir ke Mahkamah Tinggi Jenayah 1 pada jam 9.45 pagi bagi hari pertama perbicaraan kes 1MDB di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh ZAHID IZZANI
KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes berprofil tinggi dan dinanti-nantikan umum melibatkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka dimulakan jam 9.30 hari ini.
Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram yang dilantik mengetuai pasukan pendakwaan akan membacakan ucapan pembukaan berhubung kes berkenaan.
Iklan
Iklan
Sejurus selesai ucapan pembukaan, pihak pendakwaan dijangka akan memanggil enam saksi untuk memberi keterangan.
Antara saksi yang akan ditampilkan termasuk Pegawai Pentadbiran Bahagian Hal Ehwal Ahli Parlimen Malaysia serta pegawai dari Pejabat Perdana Menteri.
Iklan
Prosiding perbicaraan didengar dihadapan Hakim Collin Lawrance Sequerah di Mahkamah Tinggi Jenayah 1.
Ketika ini ruang tempat duduk di galeri awam mahkamah telah dipenuhi pihak media selain peguam dan pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Iklan
Penggunaan telefon bimbit dan komputer riba adalah dilarang sepanjang prosiding berlangsung.
ARTIKEL BERKAITAN: Perbicaraan kes 1MDB Najib tetap diteruskan
Rayuan Tommy ditolak, bicara 1MDB tetap bermula 19 Ogos
1MDB: Najib gagal tangguh prosiding
Mahkamah sebelum ini menetapkan hari ini dan esok untuk perbicaraan.
Tarikh lain yang ditetapkan ialah sepanjang September, Oktober dan dua minggu pertama November dengan setiap hari Jumaat ditetapkan tiada perbicaraan.
Skandal mega yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri yang juga bekas Menteri Kewangan berhubung salah guna wang negara itu mencuri tumpuan dunia sejak dilaporkan media pada 2015.
Skandal itu juga dikatakan menjadi faktor utama tumbangnya pemerintahan kerajaan BN pada PRU 9 Mei tahun lalu.
Alasan utama penangguhan perbicaraan kes 1MDB adalah supaya perbicaraan kes SRC International yang telah berlangsung selama 52 hari diselesaikan terlebih dahulu.
Najib, 67, didakwa atas empat pertuduhan salah guna kedudukan bagi mendapatkan rasuah dan 21 pertuduhan melibatkan wang haram membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.28 bilion.
Sehingga kini, Najib telah didakwa di mahkamah sebanyak enam kali dengan 42 pertuduhan jenayah.
Najib, yang juga bekas Presiden UMNO, mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Guru berdepan dua pertuduhan amang seksual pelajar Tingkatan Tiga"><meta itemprop="description" content="Seorang guru di sebuah sekolah menengah di Jelebu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban pada Rabu atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang pelajar lelaki Tingkatan Tiga, Ogos lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Tertuduh, Muhammad Faaris Ar Radhi Mohamad Fadzil, 29, didakwa mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806057/berita/mahkamah/guru-berdepan-dua-pertuduhan-amang-seksual-pelajar-tingkatan-tiga
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #kesjenayahseksual"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-25T07:50:41.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/hE3Iw1h1fDHsh8A8M/x1080"><meta itemprop="duration" content="P102S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbzphoa"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbzphoa"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbzphoa"></script>