Terengganu jimat RM150j hasil penstrukturan semula GLC
Iklan
AHMAD SAMSURI
KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu dapat menjimatkan wang sehingga RM150 juta hasil penstrukturan semula 50 anak syarikat kerajaan negeri (GLC) yang sebelum ini dikenal pasti tidak aktif dalam aktiviti perniagaan.
Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, penjimatan itu diperoleh hasil penstrukturan semula anak syarikat kerajaan melalui penutupan dan penggabungan, namun syarikat yang masih berpotensi masih terus beroperasi.
Iklan
Iklan
"Sejak beberapa tahun lalu sebelum kita ambil alih pentadbiran, kerajaan terpaksa suntik RM150 juta setahun kepada anak-anak syarikat kerajaan negeri. Bayangkan, jika kita boleh kurangkan sehingga angka 'zero', kita boleh jimat sehingga RM150 juta.
"Wang itu pula kita boleh salurkan untuk kegunaan lain seperti pendidikan, kesihatan dan apa jua yang boleh diberikan kepada rakyat,” katanya pada sidang media di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.
Iklan
Menyifatkan ia sebagai antara cabaran yang perlu ditempuh selepas memerintah Terengganu, katanya sekiranya anak-anak syarikat yang tidak aktif ini tidak ditutup, ia tidak dapat membantu menyelamatkan wang kerajaan.
"Apabila kita ambil alih kerajaan, kita mengenal pasti kelemahan-kelemahan dan baiki struktur dan cara pengurusan kerajaan. Kita kenal pasti projek-projek yang sebelum ini itu memberi kesan yang besar walaupun mungkin sesetengah orang tak nampak.
Iklan
"Dengan mengenal pasti kelemahan ini, kita dapat bekerja secara lebih efisien tanpa terpaksa kekuarkan duit yang banyak untuk menyelamatkan atau untuk ‘tutup’ kelemahan-kelemahan yang berlaku sebelum ini,” katanya.
Terdahulu, Ahmad Samsuri memaklumkan lebih 50 anak syarikat milik Kerajaan Terengganu yang tidak lagi aktif dalam sebarang aktiviti perniagaan akan ditutup dalam usaha menjimatkan perbelanjaan.
Katanya, kebanyakannya syarikat berkenaan adalah anak syarikat di bawah Terengganu Inc dan menjalankan perniagaan yang hampir serupa antara satu sama lain menyebabkan berlaku persaingan yang tidak sihat.
ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 50 anak syarikat Terengganu tak aktif akan ditutup
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tapak pelupusan sampah terbakar, diselubungi asap tebal" /><meta itemprop="description" content="Tapak pelupusan sampah terbakar, diselubungi asap tebal
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal
#SinarHarian #beritasemasa #pelupusansampah terbakar #kualaterengganu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-04T10:14:25.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WEqm61cDWg1raoGSA/x120" /><meta itemprop="duration" content="P104S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8xyarq" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8xyarq"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Peniaga kongsi rezeki jual siakap 70 sen seekor" /><meta itemprop="description" content="Peniaga kongsi rezeki jual siakap 70 sen seekor
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Peniaga hasil laut di Kampung Batu Hampar dekat Manir di sini berkongsi rezeki bersama pelanggan dengan menjual sebanyak 4,000 ikan siakap pada harga 70 sen setiap seekor, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim
Sabran Muzaffar Semlee, 28, berkata, jualan murah itu dilakukan bagi membantu golongan kurang berkemampuan untuk sama-sama menikmati sumber protein tersebut.
Menurutnya, gerai jualan itu mula diserbu seawal jam 6.30 pagi oleh pelanggan yang ingin mendapatkan harga yang ditawarkan RM2 bagi tiga ekor ikan.
Sabran Muzaffar berkata, jualan tersebut akan diteruskan pada masa akan datang sekiranya sambutan diterima memberangsangkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662802/Peniaga-kongsi-rezeki-jual-siakap-70-sen-seekor
#SinarHarian #beritasemasa #siakap70sen #kualaterengganu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-04T08:36:07.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WEp8C1cDVDt67F3Pk/x120" /><meta itemprop="duration" content="P191S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8xy5n0" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8xy5n0"></script>