Peniaga air balang tak menang tangan selepas bida tapak bazar Ramadan RM23,000

Iklan
Arsyalieza menunjukkan air balang yang dijual di di Bazar Ramadan Kampung Raja, Besut, Terengganu.

BESUT - Meskipun terpaksa mengeluarkan modal mencecah RM23,000, seorang peniaga di Bazar Ramadan Kuala Besut di sini mengakui tidak menyesal malah menyifatkan pelaburan itu berbaloi selepas jualannya mendapat sambutan luar biasa.

​Arsyalieza Arsyad, 42, berkata, kedua-dua tapak utama tersebut diperoleh menerusi proses bidaan yang dilakukan di Majlis Daerah Besut (MDB) pada 20 Januari lalu.

Iklan
Iklan

​Menurutnya, dia nekad untuk mendapatkan lokasi strategik itu sebaik sahaja membeli borang bidaan pada hujung Disember tahun lalu, walaupun sebelum ini tidak pernah berniaga di lokasi tersebut.

Arsyalieza menyediakan air balang yang dijual di di Bazar Ramadan Kampung Raja, Besut, Terengganu.

Iklan

​"Saya sebenarnya sudah menyediakan wang RM30,000 untuk bidaan tersebut. Saya tidak sangka perlu 'berlawan' harga dengan peniaga lama yang setiap tahun berniaga di situ.

​"Tahun lepas, harga bidaan tertinggi hanya sekitar RM6,000, tetapi tahun ni saya nekad 'lawan' sehingga berjaya mendapatkan tapak pertama dengan harga RM10,000 dan tapak kedua RM13,000," katanya ketika ditemui di Bazar Ramadan Kampung Raja, di sini.

Iklan

​Jelas Arsyalieza, selain lima tapak utama yang dibuka untuk bidaan kompetitif, harga bagi tapak-tapak lain di kawasan tersebut hanyalah sekitar RM1,000.

Arsyalieza menunjukkan air balang yang dijual di di Bazar Ramadan Kampung Raja, Besut, Terengganu.

​Ibu kepada tujuh cahaya mata itu juga berkata, dia tidak menyangka langkah membida dengan harga tinggi menjadi tular di media sosial.

​"Disebabkan viral (tular) tu ramai pelanggan datang cari dan mahu cuba jualan saya. Sejak hari pertama Ramadan, saya dan tujuh pekerja memang tidak menang tangan melayan pelanggan yang datang tak putus-putus.

​"Di gerai ini saya menjual 15 jenis air balang pelbagai perisa. Pada hari pertama, permintaan terlalu tinggi sehingga saya perlu menambah enam lagi tong air bagi menampung permintaan pelanggan," ujarnya yang mengusahakan perniagaan itu sejak 17 tahun lalu.

​Mengulas mengenai sasaran perniagaan, Arsyalieza menjangkakan modal RM23,000 bagi bidaan tapak tersebut mampu diperoleh semula dalam tempoh seminggu berdasarkan trend jualan yang mencecah ribuan ringgit sehari.

​Selain di Bazar Ramadan Kampung Raja, beliau turut mengusahakan satu lagi tapak di Bazar Ramadan Bukit Kenak.

​"Tahun lalu di Bazar Bukit Kenak, jualan saya mencecah RM120,000 sebulan. Tahun ini, saya harap dapat capai sasaran RM150,000 dalam tempoh 30 hari Ramadan ini," katanya.