Mayat lelaki dijumpai pemancing di Pantai Bukit Bubus

Iklan
Keadaan mayat seorang lelaki yang ditemui pemancing di Pantai Bukit Bubus, Kampung Raja, Besut pada Selasa.

BESUT – Mayat seorang lelaki ditemui oleh pemancing di Pantai Bukit Bubus, Kampung Raja, di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Mohd Rozaime Ab Rahim berkata, mayat lelaki tempatan berusia 54 tahun itu ditemui orang awam kira-kira jam 7.05 malam.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mangsa ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian dan dipercayai telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam.

"Bertindak atas maklumat diterima, pihak polis telah ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan lanjut sebelum mayat dibawa ke Unit Forensik, Hospital Besut bagi tujuan bedah siasat.

Iklan

"Hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian adalah disebabkan penyakit jantung iaitu coronary artery atherosclerosis," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.

Beliau berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR).

Iklan

"Siasatan awal mendapati mangsa berasal dari Pasir Puteh, Kelantan dan dipercayai memancing secara berseorangan di kawasan berhampiran sebelum kejadian.

"Jenazah akan diserahkan kepada keluarga bagi urusan pengebumian," ujarnya.

Dalam pada itu, katanya, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung kejadian tersebut serta sentiasa mengutamakan keselamatan diri ketika berada di kawasan pantai.