Tiada peniaga warga asing di Pasar Besar Jalan Meru - MPK
Iklan
Warga asing yang berada Kompleks Pasar Besar Jalan Meru hanya sebagai pembantu. - Gambar PDT Klang
SHAH ALAM - Hasil bancian yang dilaksanakan Majlis Perbandaran Klang (MPK) mendapati kesemua peniaga dan pemegang lesen di Kompleks Pasar Besar Jalan Meru adalah rakyat tempatan, manakala warga asing yang berada di premis berkenaan hanya sebagai pembantu.
Pengarah Pengurusan Pasar dan Penjaja MPK, Azhar Samsudin berkata, pihaknya tidak berkompromi terhadap dakwaan isu peniaga warga asing di pasar itu dan mensyaratkan hanya warganegara sahaja yang layak memohon premis.
Iklan
Iklan
"Pihak MPK akan mengambil tindakan sitaan serta-merta, selain pembatalan premis dan pembatalan lesen juga dikenakan ke atas mana-mana penyewa yang menyewakan premis kepada warga asing,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Menurutnya, pemantauan secara berterusan dilaksanakan Jabatan Pengurusan Pasar dan Penjaja bagi memastikan tiada warga asing yang berniaga dan tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana peniaga yang menyewakan premis mereka bagi mencari jalan mudah mengaut keuntungan. - Bernama
Iklan
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Sambut Aidilfitri ala kadar, masih terkenang arwah anak'" /><meta itemprop="description" content="'Sambut Aidilfitri ala kadar, masih terkenang arwah anak'
BERITA SEMASA 16 APRIL 2024
Berat ujian ditanggung Yusnita Abdullah Yusof, 44, apabila terpaksa menyambut Aidilfitri tanpa anak tersayang, Izatul Azwa Norollah, 17, lapor Wartawan Sinar Harian, Mohd Izzatul Izuan Tahir.
Izatul Azwa dilaporkan hilang selama tujuh hari meninggal dunia selepas motosikal ditunggangnya terbabas dalam parit di Kilometer (KM) 54 Jalan Klang-Teluk Intan, Sungai Haji Dorani, Sabak Bernam pada 3 Mac lalu.
Yusnita memberitahu, Aidilfitri yang disambut kali ini penuh kesederhanaan kerana masih bersedih dengan kehilangan anak kedua daripada enam beradik itu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/659758/edisi/selangor-kl/sambut-aidilfitri-ala-kadar-masih-terkenang-arwah-anak
Muzik: www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #sambutaidilfitritanpaanak" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-04-16T07:27:33.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/W7-yY1c7YXcTcfjFK/x180" /><meta itemprop="duration" content="P79S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8wvv36" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8wvv36"></script>