Komnas HAM 'tidak tahu bersyukur'

Iklan
Gambar hiasan

TINDAKAN Komisi Nasional Hak Asasi Manusia (Komnas HAM) Indonesia mempersoalkan serbuan dilakukan Jabatan Imigresen Malaysia (imigresen) di penempatan haram di Nilai Spring, Negeri Sembilan dianggap 'tidak tahu bersyukur'.

Kerajaan Malaysia telah menghabiskan berjuta-juta ringgit bagi memastikan warga Indonesia yang ditahan itu dijaga dengan baik dari segi makanan dan tempat tinggal.

Iklan
Iklan

Bagi membuktikan lagi, dua tahun berturut-turut iaitu pada 2018, kerajaan membelanjakan lebih RM25 juta sebulan bagi menampung kos makanan pendatang haram yang ditahan di 13 depot Jabatan Imigresen di seluruh negara.

Pada tahun 2019 pula, hampir RM3.5 juta dibelanjakan sebulan untuk mereka sahaja di 14 depot Jabatan Imigresen di seluruh negara.

Iklan

Menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud, purata kos makanan yang ditanggung kerajaan adalah sebanyak RM12 sehari untuk seorang dan kebanyakan mereka terpaksa berada di depot dalam tempoh sebulan hingga dua bulan sebelum dihantar pulang ke negara asal masing-masing.

Jadi, masih tidak cukup lagi 'perhatian' dan 'layanan' pihak imigresen berikan? Tidak logik menahan ibu bapa kemudian meninggalkan anak-anak mereka di dalam hutan itu, pihak imigresen mengikut prosedur dan pematuhan yang termaktub, jauh sekali ingin menindas atau menganiaya manusia.

Iklan

Mengikut kenyataan peguam, Norman Fernandez, badan hak asasi manusia tidak berhak mempersoalkan sebarang tindakan diambil pihak berkuasa Malaysia dalam menangani isu pendatang asing tanpa izin (PATI) yang tinggal secara haram di negara ini.

Ujarnya, sebagai sebuah negara berdaulat, Malaysia mempunyai undang-undang sendiri bagi menangani isu terbabit dan pihak luar termasuk badan hak asasi manusia tidak berhak masuk campur.

Komnas HAM perlu tahu bahawa rakyat mereka duduk di dalam negara ini tanpa permit atau tinggal secara haram, sepatutnya suruhanjaya itu 'berterima kasih' dan 'bersyukur'.