[VIDEO] KPM sudah jumpa ibu bapa pelajar ditampar jurulatih

Iklan
Fadhlina ketika ditemui pemberita selepas mengadakan tinjauan pada hari pertama persekolahan di SMK Jalan Kebun pada Selasa.

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengadakan perjumpaan bersama ibu bapa dua pemain pasukan bola tampar perempuan bawah 14 tahun Melaka yang ditampar jurulatih baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan, kementerian tidak akan berkompromi soal keganasan terhadap pelajar sekolah.

"Kebimbangan kita sangat besar tentang isu itu, keutamaan kita ialah keselamatan dan kebajikan kanak-kanak tersebut.

Iklan

"KPM juga sudah menyediakan sesi kaunseling kepada pelajar berkenaan melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka, mereka dah pun turun dan berjumpa dengan kanak-kanak tersebut dan keluarga mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan tinjauan pada hari pertama persekolahan di SMK Jalan Kebun, di sini pada Selasa.

Iklan

Ditanya sama ada KPM akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terlibat, Fadhlina berkata, kementerian ketika ini masih belum menetapkan keputusan berhubung insiden itu.

Sebaliknya, beliau berkata, sebarang tindakan akan diambil berdasarkan laporan integriti dan tatatertib yang sedang dijalankan.

"Kita masih lagi menyiasat. Tidak semestinya tidak ada laporan polis kita tak akan siasat, kita ada bahagian integriti dan tatatertib. Kita akan teruskan dengan melihat kepada laporan tersebut.

"Setakat ini, daripada laporan yang diterima, kita akan lihat secara keseluruhan. Bukan sahaja maklum balas ibu bapa, tetapi juga pemegang taruh yang lain. Banyak pemegang taruh yang terlibat dalam kes ini," ujarnya.

Mengulas mengenai prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 di kawasan persekolahan, jelasnya KPM bergantung kepada arahan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari masa ke masa.

"Kita akan patuh terhadap semua arahan KKM khususnya yang melibatkan sekolah dan terkait rapat dengan keselamatan anak-anak murid kita," kata beliau.