'Saya pasrah, ALLAH lebih menyayangi mereka'
Iklan
Jenazah Sayyid Uwais Al-Qarni tiba untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Batu Hampar, Manir di Kuala Terengganu kira-kira jam 6.30 petang pada Sabtu. (Gambar kecil: Mohd Lekman)
KUALA TERENGGANU - 'Saya ikhlas dan reda melepaskan Fatin pergi bersama anak syurga kami kerana ALLAH SWT lebih menyayangi mereka, luah Mohd Lekman Zakaria, 36.
Jenazah isterinya, Fatin Hazlin Dahlia Mazlam, 30 bersama bayi, Sayyid Uwais Al-Qarni yang berusia setahun lapan bulan bulan serta dua anak dalam kandungan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Batu Hampar, Manir, di sini kira-kira jam 6.30 petang pada Sabtu.
Iklan
Iklan
Kata Mohd Lekman, dia tidak dapat menghantar arwah isterinya buat kali terakhir di tanah perkuburan kerana keadaan kakinya yang masih retak dan tidak mampu berjalan.
"Hanya doa sahaja yang mengiringi Allahyarham. Saya masih tak sanggup untuk menatap wajah arwah. Lagipun kaki saya masih belum sembuh dan tidak boleh berjalan," katanya ketika hubungi di sini pada Sabtu.
Iklan
Mengulas mengenai kandungan arwah isterinya, Mohd Lekman berkata, Allahyarham sebenarnya ingin memberikan kejutan kepada kedua ibu bapanya.
"Dia minta saya rahsiakan kandungannya daripada kedua ibu bapanya kerana berhasrat untuk memberikan kejutan. Tak sangka pula mereka 'pergi' bersama lebih awal.
Iklan
"Walaupun masih terkejut dan bersedih. Saya reda dan pasrah atas ketentuan Ilahi," ujar Mohd Lekman.
Jenazah Fatin Hazlin Dahlia dan Sayyid Uwais Al-Qarni disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Kampung Batu Hampar, Manir, di Kuala Terengganu kira-kira jam 6.30 petang pada Sabtu.
Mengenai anak-anaknya pula, katanya, dia belum memikirkan lagi kerana mereka masih dirawat di hospital.
"Mungkin juga mereka akan tinggal bersama datuk dan nenek buat sementara waktu," katanya yang turut mengalami kecederaan pada anggota badan.
Dua anaknya iaitu Nur Qaireen Luffiya, 5, dan Muhammad Arsyad Syahiran, 9, masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) manakala seorang lagi, Sayyid Lutfi Mohd Lekman, 7, sudah stabil.
Sinar Harian pada Jumaat melaporkan seorang wanita maut manakala bayinya dan seorang lagi penumpang cedera parah setelah Perodua Alza dipandu hilang kawalan lalu bertembung dengan treler tangki minyak di kilometer 83 Jalan Kuala Terengganu - Kota Bharu dekat Kampung Bintang, di Setiu.
Kejadian berlaku kira-kira jam 4.40 petang itu menyebabkan Fatin Hazlin Dahlia yang memandu kenderaan itu meninggal dunia di lokasi kejadian.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tapak pelupusan sampah terbakar, diselubungi asap tebal" /><meta itemprop="description" content="Tapak pelupusan sampah terbakar, diselubungi asap tebal
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal
#SinarHarian #beritasemasa #pelupusansampah terbakar #kualaterengganu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-04T10:14:25.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WEqm61cDWg1raoGSA/x120" /><meta itemprop="duration" content="P104S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8xyarq" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8xyarq"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Peniaga kongsi rezeki jual siakap 70 sen seekor" /><meta itemprop="description" content="Peniaga kongsi rezeki jual siakap 70 sen seekor
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Peniaga hasil laut di Kampung Batu Hampar dekat Manir di sini berkongsi rezeki bersama pelanggan dengan menjual sebanyak 4,000 ikan siakap pada harga 70 sen setiap seekor, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim
Sabran Muzaffar Semlee, 28, berkata, jualan murah itu dilakukan bagi membantu golongan kurang berkemampuan untuk sama-sama menikmati sumber protein tersebut.
Menurutnya, gerai jualan itu mula diserbu seawal jam 6.30 pagi oleh pelanggan yang ingin mendapatkan harga yang ditawarkan RM2 bagi tiga ekor ikan.
Sabran Muzaffar berkata, jualan tersebut akan diteruskan pada masa akan datang sekiranya sambutan diterima memberangsangkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662802/Peniaga-kongsi-rezeki-jual-siakap-70-sen-seekor
#SinarHarian #beritasemasa #siakap70sen #kualaterengganu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-04T08:36:07.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WEp8C1cDVDt67F3Pk/x120" /><meta itemprop="duration" content="P191S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8xy5n0" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8xy5n0"></script>