Kadar zakat fitrah Terengganu tidak kurang RM10, RM20

Iklan
Zulkifli (tengah) merakam gambar kenangan selepas mengadakan sidang media di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) di Kula Terengganu pada Rabu.

KUALA TERENGGANU – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menetapkan dua kadar zakat fitrah bagi tahun ini iaitu tidak kurang RM10 dan RM20 seorang berdasarkan harga beras yang dimakan penduduk negeri ini.

Yang Dipertua MAIDAM, Datuk Zulkifli Ali berkata, zakat fitrah hendaklah dibayar secara wang tunai sama ada melalui 906 amil yang dilantik atau menerusi laman sesawang rasmi institusi berkenaan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kadar tersebut bersamaan dengan nilai satu gantang Baghdad iaitu 2.6 kilogram atau 2.97 cupak Malaysia beras.

"Zakat fitrah boleh dibayar dengan wang tunai sahaja yang mana ia bersamaan nilai satu gantang Baghdad.

Iklan

"Bagi mana-mana orang yang memakan beras jenis Basmathi atau yang setara, rujukan kadar zakat fitrah adalah RM20 bagi setiap seorang," katanya pada sidang media di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) di sini pada Rabu.

Beliau berkata, orang ramai diminta supaya menunaikan zakat fitrah dan zakat hanya kepada amil yang dilantik kerana pembayaran kepada individu yang tidak dilantik oleh Majlis menjadi satu kesalahan mengikut Seksyen 41 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001.

Iklan

"Jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama dan mahkamah boleh menjatuhkan hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya," ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Zulkifli berkata, MAIDAM akan menyalurkan bantuan zakat kira-kira RM15.79 juta kepada 29,402 penerima terdiri daripada asnaf fakir dan miskin sepanjang Ramadan kali ini.

Menurutnya, kaedah agihan tahun ini berbeza berbanding sebelum ini apabila menggunakan kaedah tuntutan di kedai-kedai terpilih yang meliputi pelbagai jenis barangan dan perkhidmatan.

Katanya, pendekatan itu bagi membolehkan MAIDAM mengesan corak perbelanjaan asnaf serta memastikan bantuan digunakan untuk pembelian yang benar-benar perlu dan penting.

"Penerima boleh menuntut barangan keperluan seperti bekalan makanan kering dan basah, pakaian dan bayaran utiliti termasuk bil telefon dan pembelian tambah nilai menerusi outlet peruncitan runcit, hyper runcit serta secara dalam talian.

"Tuntutan boleh dibuat bermula 19 Februari hingga 31 Mac 2026 di kedai-kedai terpilih yang dilantik," katanya.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan kutipan zakat di Terengganu bagi tahun lalu berjumlah RM301,033,662.17, meningkat 9.1 peratus berbanding 2025 iaitu sebanyak RM25,070,701.62.

"Bagi agihan pula, MAIDAM telah menyalurkan sebanyak RM324,498,204.11 kepada asnaf pelbagai kategori sepanjang tahun lalu.

"Kita bersyukur kerana jumlah agihan zakat di Terengganu adalah melebihi kutipan,"katanya.