[VIDEO] Zahid yakin PRU15 diadakan sebelum musim banjir

Iklan
Ahmad Zahid (kanan) ketika sidang media selepas perjumpaan khas Ketua Bahagian UMNO bersama Presiden Parti dan Perdana Menteri di Dewan Tun Hussein Onn Pusat Dagangan Dunia pada Selasa. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diadakan sebelum musim banjir.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, pada 30 September lalu, MKT telah membuat keputusan, pilihan raya wajib diadakan pada tahun ini.

Iklan
Iklan

"Kami telah meneliti laporan daripada Ketua Pengarah METMalaysia dan mendapati insya-ALLAH pilihan raya akan dibuat sebelum banjir,” katanya pada sidang akhbar selepas perjumpaan khas bersama wakil 191 bahagian UMNO di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Selasa.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid menolak spekulasi bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Khamis ini.

Iklan

Beliau dalam masa sama turut menolak bahawa adanya tarikh diberikan kepada Ismail Sabri untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.

"Itu bukan kuasa parti, kita menghormati kuasa Perdana Menteri,” katanya.

Iklan

Ahmad Zahid turut mengulas mengenai terdapatnya kemungkinan jika Yang di-Pertuan Agong menolak tarikh permohonan pembubaran Parlimen.

"Kuasa itu tertakluk kepada perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan kerana Agong pastinya mengikut Perlembagaan Malaysia.

"Kita yakin Agong akan melakukan perkenan mengikut perkiraan terbaik demi kepentingan negara Malaysia,” katanya.