[VIDEO] PRU15: Belum bincang dengan PN sasar 80 kerusi Parlimen

Iklan
Muhammad Sanusi

ALOR SETAR - Sasaran Pas untuk bertanding 80 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) belum dibincangkan bersama rakan gabungan Perikatan Nasional (PN).

Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pembahagian kuota bagi kerusi ditandingi akan dibincangkan terlebih dahulu sebelum dimuktamadkan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, 80 kerusi berkenaan adalah sasaran untuk Pas meletakkan calon peringkat Parlimen, berdasarkan penilaian pelbagai aspek termasuk kewangan.

Muhammad Sanusi berkata, walaupun Pas meletakkan sasaran 80 kerusi Parlimen, parti itu turut meletakkan calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi kerusi yang tidak ditandingi di peringkat Parlimen.

Iklan

"Nama senarai calon untuk 80 kerusi sudah ada, dan masih di peringkat penilaian.

"Setakat ini, semua penyandang dilihat mencapai KPI, belum ada digugurkan. Penilaian dibuat dari aspek kesediaan jentera, persiapan dan kewangan, kebolehmenang serta lawan siapa," ujarnya.

Iklan

Menurutnya, memandangkan sumber kewangan agak terhad, Pas memutuskan tumpuan hanya akan diberikan kepada 80 kerusi yang akan diumumkan kelak.

"Kita tak ada jutawan nak biayai kos kewangan PRU. Duit kita daripada ahli sahaja, jadi baik fokus sumber di 80 kerusi saja," katanya.

Dalam pada itu, Muhammad Sanusi tegaskan jentera pilihan raya Pas sudah siap sedia sekiranya PRU diadakan pada bila-bila masa.

"99 peratus bersedia, cuma nak menentukan lagi kerusi mana nak bertanding. Bila sudah muktamad, 'speed' itu masuk gear lima dan tekan minyak habis, sekarang tekan separuh baru," katanya.