PH fokus 24 kerusi ditandingi, usaha beralih bina keyakinan pengundi – Adly

Iklan
Adly semasaa sidang akhbar harian di Bilik Gerakan Utama PH di Melaka.

HANG TUAH JAYA – Pakatan Harapan (PH) memberi tumpuan sepenuhnya kepada usaha memenangi 24 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari berkata, kempen yang kini memasuki fasa akhir turut menyaksikan calon PH beralih daripada usaha memperkenalkan diri kepada membina keyakinan pengundi untuk mendapatkan sokongan.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, calon-calon PH aktif mengadakan pertemuan dengan masyarakat selain membangkitkan isu setempat yang dekat dengan kehidupan penduduk.

"Saya melihat calon-calon PH aktif bertemu rakyat dan membangkitkan pelbagai isu yang dekat dengan kehidupan mereka," katanya dalam sidang akhbar di Bilik Gerakan Utama PH di sini pada Ahad.

Iklan

Mengulas lanjut, Adly berkata, antara isu yang diketengahkan termasuk masalah nelayan, kebersihan, kelestarian alam sekitar, pertanian dan ekonomi rakyat.

"Seperti calon PH di Machap Jaya, Datuk Ginie Lim yang memperjuangkan kebajikan masyarakat Orang Asli walaupun minoriti, mereka tetap sebahagian daripada rakyat yang tidak boleh ditinggalkan.

Iklan

"Begitu juga calon Kuala Linggi, Kelebang dan Paya Rumput yang aktif mengetengahkan pelbagai isu," katanya.

Beliau berkata, PH sedang menjalankan analisis dalaman bagi menilai maklum balas pengundi di setiap 24 kawasan yang ditandingi, termasuk mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan aspek yang perlu ditambah baik.

Kata Adly, strategi kempen PH turut memberi penekanan kepada penyampaian maklumat mengenai usaha yang telah dilaksanakan sama ada di peringkat kerajaan negeri mahupun Kerajaan Persekutuan.

"Kita yakin sekiranya maklumat itu sampai kepada rakyat, masyarakat Melaka boleh memberikan sokongan kepada PH," katanya.