THHE bukan lagi anak syarikat Tabung Haji

Iklan

KUALA LUMPUR - TH Heavy Engineering Berhad (THHE) yang terkait dengan isu kelewatan penyerahan kapal peronda luar pesisir (OPV) milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bukan lagi anak syarikat atau syarikat bersekutu di bawah Lembaga Tabung Haji (TH).

"UJSB ialah sebuah syarikat pengurusan aset yang ditugaskan untuk menguruskan aset yang dipindahkan daripada Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan. Pemindahan THHE dilakukan kerana prestasi syarikat yang lemah dan tidak memberi pulangan yang dijangka kepada TH,” menurut kenyataan itu.

Iklan
Iklan

Semalam media melaporkan Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa meminta Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk menyiasat kelewatan penyerahan OPV itu bagi mengelak kes dihadapi kapal tempur pesisir (LCS), berulang.

Muhajid mendakwa mengikut kontrak, THHE syarikat bersekutu TH sepatutnya menyerahkan tiga kapal OPV secara berperingkat mulai 2020 namun sehingga hari ini perkara itu tidak berlaku. - Bernama

Iklan

Iklan