Lelaki bersenjata tajam samun kedai emas, bawa lari barang kemas bernilai RM300,000

Iklan
Sebuah kedai emas di Damansara Damai, Petaling Jaya kerugian RM300,000 selepas disamun seorang lelaki bersenjata tajam.

KUALA LUMPUR - Sebuah kedai emas di Damansara Damai, Petaling Jaya kerugian RM300,000 selepas disamun seorang lelaki bersenjata tajam tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shamsudin Mamat berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 1.19 tengah hari.

Iklan
Iklan

"Satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan. Polis sedang giat mengesan suspek,” katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil ke balai polis berhampiran atau hubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya melalui talian 03-79662222 bagi membantu siasatan. - Berama

Iklan

 

 

Iklan