Tiada kelulusan punca palang keselamatan dicabut MPS

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Rabu berhubung rasa tidak puas hati penduduk susulan tindakan MPS mencabut palang keselamatan di taman perumahan tersebut.

GOMBAK - Persatuan Penduduk Badan Kebajikan Perwira Indah Gombak didapati gagal melengkapkan permohonan pemasangan sistem palang keselamatan menyebabkan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengambil tindakan penguatkuasaan dengan mencabut palang keselamatan itu, Jumaat lalu.

Pegawai Penerangan, Jabatan Korporat MPS, Ahmad Fauzi Ishak berkata, selain menerima aduan awam, pelaksanaan sistem palang keselamatan itu juga belum mendapat kebenaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Iklan
Iklan

"Peraturan itu menetapkan pelaksanaan palang keselamatan hanya dibenarkan bagi kawasan komuniti yang tidak mempunyai jalan bersambung atau dihubungkan dengan kawasan komuniti bersebelahan dan sekitarnya.

"Pelaksanaan palang keselamatan juga hanya dibenarkan bagi kawasan yang tidak mempunyai kemudahan berkongsi seperti surau, sekolah, padang bola serta tidak menghalang kenderaan keluar masuk ke kawasan berkenaan," katanya menerusi pada Khamis.

Iklan

Beliau berkata demikian sebagai maklumkan balas laporan Sinar Harian pada Rabu bertajuk ‘Bimbang kes jenayah meningkat’.

Menurut laporan itu, penduduk meluahkan kebimbangan jenayah di kawasan itu kembali meningkat selepas MPS mencabut palang di tiga pos kawalan keselamatan di kawasan perumahan itu disebabkan tiada kelulusan MPS dan JBPM.

Iklan

Selain palang dicabut, persatuan penduduk turut dikenakan kompaun RM1,500.