51 kilang haram di Selangor masih beroperasi

Iklan
Ng Sze Han

SHAH ALAM – Sebanyak 51 kilang yang masih beroperasi secara haram di negeri ini meskipun tindakan penguatkuasaan dilaksanakan secara bersepadu kerajaan negeri bersama agensi berkaitan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam Dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han menjelaskan, sebanyak 107 kilang haram dikesan di enam kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini dan 99 kilang daripadanya diberi notis penutupan.

Iklan
Iklan

"Daripada 99 kilang itu, sebanyak 48 kilang sudah ditutup sepenuhnya namun masih berbaki 51 kilang yang dikesan masih ingkar mematuhi notis yang dikeluarkan pihak penguatkuasa dan kerajaan negeri memerlukan kerjasama agensi untuk memotong utiliti kilang terbabit.

"Ini kerana, cara yang paling efektif untuk menghentikan operasi kilang haram ini dengan memotong bekalan air dan elektrik seperti tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan di Kuala Langat.

Iklan

"Kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Suruhanjaya Tenaga diperlukan bagi bersama membanteras kilang haram sepenuhnya,” katanya ketika menjawab soalan Leong Tuck Chee (DAP-Pandamaran) mengenai status kilang haram di negeri ini.

Mengulas lanjut, Sze Han (DAP-Kinrara) berkata, kerajaan negeri komited melaksanakan penguatkuasaan terhadap kilang haram termasuk tindakan mahkamah terhadap enam kes dengan kutipan denda sebanyak RM389,000 dan hukuman sehari penjara.

Iklan

"Secara keseluruhan, tindakan yang diambil Jabatan Alam Sekitar pada Julai 2018 lalu sehingga Februari tahun ini, sebanyak 127 kes dan 50 kes mahkamah diambil sebagai bukti komitmen kerajaan negeri dalam membanteras kilang haram ini.

"Menjawab soalan tambahan Dr Idris Ahmad (PKR-Ijok) berkaitan isu perampasan hak milik tanah yang disalahgunakan, kerajaan negeri turut mengeluarkan tiga notis kepada pemilik tanah terbabit.

"Sebagai contoh kes di Kuala Langat, pemilik kilang diberi Notis 7A, 7B dan 8A sekiranya tuan tanah masih gagal untuk memulihkan tanah seperti yang diarahkan sebelum tindakan lanjut diambil,” katanya pada sidang DUN Selangor, hari ini.