Isu Azam Baki akhirnya terjawab

Iklan
Azam - Foto Bernama

SHAH ALAM- [DIKEMAS KINI] Setelah sembilan hari berlegar-legar di media sosial berkaitan isu saham yang terpalit terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki akhirnya terjawab pada Rabu.

Terdapat pelbagai spekulasi dan juga cadangan yang disarankan bagi memastikan kes tersebut dapat diselesaikan dengan cara yang sepatutnya.

Iklan
Iklan

Namun begitu, Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata, saham yang didakwa oleh Ahli ekonomi, Edmund Terence Gomez itu adalah tidak benar dan hakikatnya ia adalah kepunyaan Nasir Baki iaitu adik Azam Baki.

Tambah Abu Zahar, perkara tersebut dijelaskan sendiri oleh Azam Baki ketika satu pertemuan yang diadakan pada 24 November.

Iklan

Azam menjelaskan saham berkenaan dibeli oleh adiknya pada tahun 2015 menggunakan namanya dan beliau tidak mempunyai kepentingan dalam pemilikan itu.

Saham tersebut kini telah pun dipindahkan semula kepada adiknya.

Iklan

Abu Zahar berpuas hati dengan penjelasan Azam Baki dan menurutnya, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) tidak perlu ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan berkenaan memandangkan ia boleh diselesaikan.

Bagaimanapun, beliau menyerahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekiranya mahu melakukan siasatan lanjut.

Sementara itu, menurut tuan badan, Azam Baki, perkara tersebut seharusnya tidak menjadi isu kerana sesiapa sahaja boleh menggunakan akaun orang lain untuk membeli saham di pasaran terbuka.

Azam Baki turut membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang telah mencemarkan reputasinya dan SPRM.

Dakwa beliau, memang terdapat usaha beberapa pihak yang berkepentingan atau mempunyai agenda tidak baik terhadap SPRM yang mengambil kesempatan untuk terus menghakis kepercayaan masyarakat ke atas suruhanjaya tersebut.

"Mereka yang terlibat telah dikenal pasti dan menggunakan beberapa pihak tertentu untuk memberi tekanan ke atas SPRM,” jelas Azam Baki.

Beliau menegaskan bahawa dia tidak melakukan apa-apa kesalahan dan tuduhan terdapat 'conflict of interest' seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak adalah tidak berasas.

Dalam masa sama, tuduhan yang mengatakan beliau mengawal banyak syarikat juga adalah 'total lie' bagi mereka yang mempunyai persepsi negatif terhadapnya.

Sementara itu, bagi pandangan pihak lain, penjelasan sehala yang diberikan tersebut tidak menyelesaikan sebarang masalah dan menjawab persoalan orang ramai.

Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Ibrahim Ali berkata, banyak pihak mahu penjelasan lebih mendalam berkenaan punca kewangan Azam Baki membeli saham tersebut.

Menurut Ibrahim, penjelasan Abu Zahar memang mengejutkan dan hanya mengundang ketawa dan jenaka ramai kerana beliau menyatakan bahawa tiada isu terhadap Azam Baki.