4,000 peluang kerja ditawarkan

Iklan
Hasni menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Penutup Program Gerak Kerjaya Johor 2021 secara dalam talian.

JOHOR BAHRU - Lebih 4,000 peluang pekerjaan ditawarkan menerusi Program Gerak Kerjaya Johor 2021 anjuran Unit Strategik Modal Insan Johor secara dalam talian, bermula 18 hingga 29 September lalu.

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, usaha dilakukan Unit Strategik Modal Insan Johor itu bertepatan dengan hasrat kerajaan negeri untuk memudahkan rakyat yang mencari kerja mendapatkan peluang pekerjaan sesuai dengan keupayaan dan bidang masing-masing.

Iklan
Iklan

Hasil daripada Sesi Temuduga Secara Dalam Talian Program Gerak Kerjaya Johor 2021 bermula 23 hingga 29 September lalu sebanyak 64 majikan terlibat dengan lebih 4,000 peluang pekerjaan ditawarkan.

"Pandemik Covid-19 yang melanda membuatkan peluang kerjaya menjadi terhad. Usaha yang dilakukan pihak Unit Strategik Modal Insan Johor ini dapat menyediakan ruang dan peluang kepada semua pihak sama ada pencari kerja mahupun majikan,” katanya.

Sesi webinar Program Gerak Kerjaya Johor 2021 anjuran Unit Strategik Modal Insan Johor diadakan secara dalam talian pada 18 hingga 29 September lalu.

Iklan

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutup Program Gerak Kerjaya Johor 2021 secara dalam talian yang turut disertai Exco Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Johor, Datuk Mohd Izhar Ahmad, baru-baru ini.

Selain sesi temuduga secara dalam talian, sesi webinar turut diadakan pada 18 hingga 22 September lalu.

Iklan

Hasni berharap Unit Strategik Modal Insan Johor mempergiatkan inisiatif terbaik bagi membantu golongan sasar selain terus aktif melakukan libat urus dengan pelbagai pihak dan agensi.

"Fungsi Unit Strategik Modal Insan Johor begitu luas dalam pembangunan modal insan khususnya menjadi penghubung rantaian kerjaya rakyat Johor.

"Unit ini mempunyai potensi untuk dijadikan medium utama institusi pekerjaan di Johor dalam pelbagai sektor mendapatkan tenaga mahir seterusnya melahirkan teknokrat dalam bidang masing-masing,” katanya.