Tujuh premis makanan di Shah Alam diarah tutup
Iklan
Pemeriksaan yang dijalankan pihak MBSA.
SHAH ALAM - Sebanyak tujuh premis makanan diarah tutup dan sepuluh notis serta 32 kompuan dikeluarkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), dalam Operasi Pemeriksaan Kebersihan Premis Makanan sekitar Seksyen 31 di sini, hari ini.
Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam, Shahrin Ahmad berkata, hasil pemeriksaan yang dijalankan itu mendapati pemilik premis makanan mengabaikan tahap kebersihan di premis masing-masing.
"Ia termasuk aspek penyediaan makanan dan penyimpanan makanan, penggunaan peralatan yang kurang bersih, tandas yang kurang memuaskan, pekerja tidak mempunyai suntikan TY2 (anti-typhoid) dan lain-lain.
"Pihak MBSA berharap setiap premis makanan menjaga kebersihan dan mengamalkan pengendalian makanan yang betul dengan memastikan pembantu kedai mendapat suntikan TY2, menghadiri kursus pengendalian makanan, dan mendaftar untuk memiliki kad pengendalian makanan yang dikeluarkan oleh pihak MBSA," katanya.
Penutupan operasi di salah sebuah premis makanan.
Iklan
Iklan
Iklan
Iklan
Beliau berkata, pemeriksaan premis makanan dijalankan secara berkala pada setiap bulan bagi memastikan pengusaha sentiasa bersih dan mematuhi syarat operasi yang ditetapkan.
"Tujuh premis diarahkan tutup di bawah Premis ini ditutup di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Akta 133).
"Sementara notis dan kompaun mengikut Undang-Undang Kecil sedia ada seperti Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan & Perindustrian MBSA 2007, Undang-Undang Kecil Establishmen Makanan MBSA 2007 dan Undang-Undang Kecil Pengendalian Makanan MBSA 2007," katanya.
Penemuan najis lipas sewaktu pemeriksaan dijalankan.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin mendakwa kerajaan negeri dan pemaju gagal menangani isu pengosongan Kampung Seri Makmur, Gombak secara adil, lopar wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Hamzah yang meninjau lokasi perobohan itu pada Khamis berkata, walaupun tanah itu milik pemaju tetapi pihak syarikat patut mempunyai rasa bertanggungjawab untuk membantu penduduk terjejas.
Beliau turut berpandangan, pelaksanaan kerja perobohan terhadap rumah penduduk serta sebuah surau berusia lebih 40 tahun tidak mengikut konsep keadilan sewajarnya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/667551/edisi/selangor-kl/walau-tanah-milik-pemaju-penduduk-terjejas-wajar-dibantu---hamzah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com