1,000 pekerja semua sektor di LTSAAS bakal putus mata pencarian

Iklan
1,000 pekerja bakal hilang pekerjaan jika Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) diserahkan kepada pihak swasta.

SHAH ALAM - Kesatuan Pekerja-pekerja Malaysia Airport (Kesma) memaklumkan seramai 1,000 pekerja bakal hilang pekerjaan jika Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) diserahkan kepada pihak swasta.

Yang Dipertuanya, Hussin Shahar berkata, pekerja tersebut melibatkan semua sektor termasuk keselamatan, operator, kru penerbangan dan pembersihan.

Iklan
Iklan

Hussin turut mendakwa keselamatan negara terancam dengan kedatangan warga asing di pintu masuk jika perkara itu direalisasikan.

"Kalau diswastakan, maknanya ia akan memberi impak yang tidak baik kepada kita terutama pekerja dan rakyat kerana kira-kira 80 peratus pekerja membabitkan B40.

Iklan

"Sudah pasti orang kita tidak akan diterima kerana mereka mempunyai pekerja sendiri di lapangan itu.

"Keselamatan negara terjejas jika berlaku kelonggaran kemasukan orang asing. Lapangan terbang ialah pintu masuk negara,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan tiada perancangan jual LTSAAS

Jangan swasta, keluarkan LTSAAS dari Malaysia Airports

Iklan

Pada Jumaat, Pengerusi Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Datuk Seri Zambry Abd Kadir menegaskan kerajaan harus membatalkan sebarang hasrat untuk menswastakan dan mengeluarkan (carve-out) LTSAAS daripada rangkaian MAHB.

Hussin berharap kerajaan dapat membuat keputusan terbaik dengan mengambil kira pekerja yang bakal terjejas di lapangan terbang itu selain ia sebagai aset atau warisan negara.

"Kalau ikut seperti yang difahamkan, Malaysia Airports akan kerugian dalam RM11.9 bilion kerana itu ialah pelaburan yang telah kita bajetkan. Kerajaan juga akan rugi sebab apabila kita kendalikannya, cukai akan dibayar,” ujarnya.

Beliau turut mendakwa bahawa usaha untuk mengambil alih LTSAAS oleh WCT Holdings Bhd masih berjalan.

Jelasnya, WCT telah memberi maklum balas bahawa kertas cadangan untuk memiliki LTSAAS telah diserahkan kepada kerajaan.

"Nampaknya masih lagi dalam cadangan untuk bagi ke pihak swasta. Memang ada ura-ura untuk mengambil alih atau penjualan Subang Airports kepada pihak lain.

"Walaupun kita tidak nampak secara jelas sama ada perkara ini sudah diserahkan atau belum.

"Cuma kita tahu, perkara ini masih berlaku. Ini kerana, selepas kita buat laporan, aduan kemudian pihak WCT maklum bahawa memang mereka ada berikan kertas cadangan. Jadi, baru nampak jelas di situ,” kata Hussin.