Reaksi sugul dua anak Allahyarham Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Fitri Al-Amin Bakhtiar, 21, (dua, kiri) bersama abangnya Fakhrol Alma, 24,(kiri) di pusara ayahnya Bakhtiar Mohd Nor di Tanah Perkuburan Kampung Pasir, hari ini.
Bakhtiar, 57, meninggal dunia di Hospital Kajang pada 4.45 pagi ini akibat serangan jantung. Jenazah disembahyangkan selepas solat Jumaat di Masjid Kampung Pasir, Semenyih dan disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Pasir. Foto Bernama