Pearly-Thinaah juara Terbuka Denmark, tamatkan penantian 18 tahun negara

Pearly Tan-M Thinaah menjuarai beregu wanita Terbuka Denmark.
Pearly Tan-M Thinaah menjuarai beregu wanita Terbuka Denmark.
A
A
A

PEMAIN badminton negara, Pearly Tan-M Thinaah menamatkan penantian 18 tahun Malaysia untuk menjuarai acara beregu wanita Terbuka Denmark selepas menewaskan gandingan Jepun, Hinata Suzuki-Nao Yamakita, hari ini.

Pada aksi yang berlangsung di SJ Bank Arena, Odense, pasangan negara yang menghuni ranking kelima dunia itu tidak berdepan masalah untuk menang straight set, 21-18, 21-11 dalam tempoh 36 minit.

Untuk rekod, kali terakhir beregu wanita negara memenangi Terbuka Denmark adalah pada 2008 menerusi Chin Eei Hui-Wong Pei Tty.

Kemenangan itu merupakan gelaran kedua Pearly Tan-M Thinaah selepas muncul juara pada Indonesia Masters awal tahun ini.

Malaysia berpeluang menambah satu lagi gelaran di Terbuka Denmark menerusi beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang akan turun menentang pasangan Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri di final. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!