Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohd Azmin Ali berbual bersama beberapa penghuni Pangsapuri Taman Keramat Permai yang terjejas akibat keretakan di Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Ampang Jaya AU2, hari ini.
Lebih 200 penduduk Blok F pangsapuri berkenaan dikehendaki berpindah pada Jumaat lalu apabila berlaku keretakan di struktur bangunan kediaman lima tingkat itu dilihat semakin serius.
Setakat ini, 84 individu daripada 24 keluarga berlindung sementara di Dewan Serbaguna MPAJ AU2. - Foto Bernama