Morales berjaya menjaringkan gol pertama dengan sepakan penalti ketika menentang Sri Pahang FC pada perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Cheras pada Ahad. - Foto Bernama
Jaringan sepakan penalti penyerang dari Colombia Romel Morales, pada separuh masa kedua membantu juara empat kali, Kuala Lumpur City (KL City) FC menang tipis 1-0 ke atas Sri Pahang FC pada suku akhir pertama Piala Malaysia 2023.
Sri Pahang, yang kali terakhir menjulang Piala Malaysia pada 2014, masih berpeluang menebus kekecewaan mereka malam ini, apabila bakal melayan kunjungan KL City dalam perlawanan timbal balik dijadual berlangsung di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada 24 September ini.
--fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA