BERMULA pada tahun ini, para pengunjung Stadium Darul Aman akan menikmati kemudahan TM Wifi ketika menyaksikan perlawanan yang berlangsung di stadium itu.

Memetik kenyataan Kedah FA - Persatuan Bolasepak Kedah, buat ketika ini kerja-kerja menaik taraf kemudahan sedang dilakukan dengan pemasangan 26 TM Wifi Hostspot yang bakal memberi akses kepada para penyokong untuk menikmati kemudahan itu. 

"Kemudahan TM WIFI bukanlah WIFI percuma, tetapi WIFI untuk kemudahan pelanggan TM yang mempunyai ID akaun internet dan juga dapat diakses oleh bukan pelanggan TM dengan pembelian kad akses dengan caj bayaran minima," petik kenyataan itu menerusi perkongsian di Facebook Kedah FA - Persatuan Bolasepak Kedah.

Jelas kenyataan itu lagi, usaha menaik taraf kemudahan ini turut melibatkan visi Kerajaan Negeri Kedah dan Perbadanan Stadium Negeri Kedah dalam melestarikan generasi kini dengan akses internet.

Stadium Darul Aman terletak di Alor Setar dibuka pada tahun 1962 terletak di sebelah Lebuhraya Darul Aman. 

Stadium ini boleh menempatkan kira-kira 40,000 penonton dalam satu-satu masa.

Ianya juga pernah digunakan sebagai venue utama Sukan Malaysia 2006.

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PENYOKONG mahu Stadium Darul Aman terus dikekalkan untuk tatapan generasi akan datang kerana sarat dengan sejarah tersendiri termasuk menjadi mercu di Bandaraya Alor Setar.
  • BAGI peminat bola sepak khususnya untuk pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), wajah baharu stadium kesayangan mereka, Stadium Sultan Ibrahim Larkin, Johor Bahru, Johor hanya akan siap pada awal tahun hadapan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.