PERSATUAN Bola Sepak Kedah (KFA) sedang mengenal  pasti tiga calon jurulatih baharu bagi menggantikan Tan Cheng Hoe yang akan meninggalkan pasukan itu bagi menggalas tugas sebagai penolong jurulatih skuad Harimau Malaya.

Naib Presiden KFA Datuk Badrol Hisham Hashim berkata tiga nama terdiri daripada jurulatih  tempatan dan asing itu telah dicadangkan dalam mesyuarat jawatankuasa KFA, baru-baru ini.

"Kita ingin pastikan jurulatih baharu ini serasi dan paling penting, kita ingin cari yang terbaik buat pasukan Kedah yang kini berada pada prestasi cemerlang. Kita mahu lihat keupayaan mereka dahulu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelepasan pasukan Kedah ke Ipoh, Perak bagi menghadapi suku akhir kedua Piala FA menentang PKNP FC, esok.

Cheng Hoe menerima surat pelantikan sebagai penolong jurulatih skuad Harimau Malaya daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 5 April lalu, sebelum menyerahkan surat tersebut kepada Setiausaha Kehormat KFA Datuk Aminuddin Omar, sehari selepas itu.

Badrol Hisham berkata KFA juga sudah bersedia untuk melepaskan Cheng Hoe, namun beberapa perkara perlu diselesaikan antara KFA, Cheng Hoe dan FAM.

"KFA tidak ada halangan untuk dia (Cheng Hoe) berhijrah kerana itu kehendaknya untuk berkhidmat dengan skuad kebangsaan," katanya.

Sementara itu, Cheng Hoe ketika ditemui berkata kesemua pemain berada dalam keadaan baik dan bersemangat untuk meraih kemenangan pada aksi suku akhir kedua Piala FA menentang PKNP FC di Stadium Perak, Ipoh.

"Pemain telah melupakan kekecewaan pada perlawanan menentang T-Team sebelum ini apabila kalah 0-5 dan  lebih bersemangat untuk bermain dengan baik bagi meraih kemenangan.

"Semua pemain utama juga berada dalam keadaan baik cuma Liridon Krasniqi akan direhatkan esok kerana masih mengalami kecederaan," katanya.

Pada perlawanan suku akhir pertama Piala FA di Stadium Darul Aman 2 April lepas, Kedah berpesta gol membelasah PKNP 6-1. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PERSATUAN Bola Sepak Kedah (KFA) belum menerima sebarang maklumat rasmi dari mana-mana pihak yang mengesahkan bahawa pasukan itu sudah menerima lesen kelab Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bagi membolehkan mereka beraksi pada Piala AFC 2018.
  • SEMUA pemain diminta memberi fokus sepenuhnya kepada perlawanan Piala Malaysia dan Liga Super dalam tempoh terdekat ini dan tidak mendengar khabar angin kononnya beberapa pemain import akan disingkirkan.
  • PERSATUAN Bola Sepak Kedah (KFA) tidak menolak kemungkinan untuk menggugurkan seorang daripada empat pemain import pasukan itu dalam usaha memastikan Kedah terus melakar kemenangan pada masa akan datang.
  • PERSATUAN Bola Sepak Kedah (KFA) yakin usahanya untuk mendapatkan lesen kelab Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bagi membolehkan ia beraksi dalam Piala AFC musim depan tidak akan menghadapi masalah.
  • PENASIHAT Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa menjelaskan, beliau tiada niat untuk mencari gaduh dengan mana-mana pihak berkaitan kenyataan beliau mengenai Kafa sebelum ini, lapor MOHAMAD FAZRUL ABDUL MAJID.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.