DUA tonggak utama Kelantan, Mohd Qayyum Marjoni Sabil dan Khairul Izuan Rosli dikhabarkan akan meninggalkan kem The Red Warriors (TRW) musim depan.

Menurut sumber, kedua pemain utama TRW itu berkenaan ada menyatakan mahu mengubah angin baharu selepas hampir beberapa musim beraksi di Kota Bharu.

"Banyak pasukan mula berlumba-lumba ingin mendapatkan khidmat mereka selepas saingan Liga Malaysia berakhir.

"Khairul Izuan mendapat banyak tawaran pasukan berpangkalan di Lembah Klang.

"Berita ini tak mengejutkan kerana Khairul sendiri merupakan penyerang dan penjaring utama Kelantan sekarang ini," katanya.

Manakala, Qayyum juga dihujani tawaran menarik pasukan yang serius mendapatkan peranan pemain di posisi pertahanan kiri TRW.

"Saya tak boleh sebut pasukan mana yang akan diwakili kedua pemain ini. Tapi, besar kemungkinan perkara itu (perpindahan) boleh terjadi," katanya.

Khairul Izuan mula menyertai Kelantan pada 2011 dan sempat beraksi selama setahun untuk ATM.

Qayyum pula bersama Kelantan Bawah 21 pada 2012 hingga 2015 sebelum dipanggil memperkuat skuad Harimau Muda 2014 secara pinjaman.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.