SHAH ALAM - PKR menyatakan negeri Selangor tetap dikenali sebagai kerajaan PR walaupun pentadbiran DAP di Pulau Pinang tidak lagi mahu menggunakan nama itu.

Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata tindakan itu adalah berikutan kerjasama antara parti berkenaan dengan DAP serta Pas di Selangor masih berjalan seperti biasa.

Beliau turut menafikan berlakunya perpecahan antara ketiga-tiga parti itu, khususnya di negeri Selangor seperti mana yang berlaku di Pulau Pinang.

"Negeri Selangor akan terus dikenali sebagai kerajaan pakatan rakyat kerana secara inti patinya, kita (Pas, DAP dan PKR) masih lagi bersama malah di Selangor, kita masih bekerjasama.

"Maka ingin saya katakan bahawa tidak timbul isu kerajaan Selangor 'goyang' kerana kita masih lagi bergerak sebagai satu pasukan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat bulanan Majlis Pimpinan Pusat PKR di sini hari ini.

Pada Khamis lepas, sebuah portal berita melaporkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengumumkan kerajaan negeri itu tidak lagi akan dilabel sebagai kerajaan PR sebaliknya kerajaan negeri Pulau Pinang. -Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Jentera PKR diminta supaya jangan terlalu leka dengan aplikasi WhatsApp yang melalaikan dan membuang masa.
  • SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin dilaporkan dihalang memasuki Sarawak malam tadi.
  • KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi penjelasan mengenai dakwaan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang BN membelanjakan RM1.6 bilion dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke 13.
  • KUALA LUMPUR - Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mat Akin mendakwa Cabang PKR Sepang berniat jahat apabila membuat laporan kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mendakwa Kongres Nasional PKR baru-baru ini tidak sah.