KUALA LUMPUR - Perhimpunan Agung Umno 2017, yang masuk hari kedua hari ini, diteruskan dengan menyambung semula sesi perbahasan usul ucapan dasar presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perbahasan itu akan dimulakan oleh wakil Wilayah Persekutuan, Datuk Rizalman Mokhtar diikuti seramai 10 lagi jurucakap yang akan membahaskan usul sama.

Semalam, lima jurucakap mewakili negeri dan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri telah membahaskan usul itu.

Ucapan dasar Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam antara lain menyentuh rekod kejayaan BN di bawah pimpinan Umno dalam mentadbir negara serta mampu menjamin masa depan Malaysia yang lebih cemerlang jika rakyat memilihnya pada pilihan raya umum akan datang.

Selepas berakhirnya sesi perbahasan usul ucapan dasar presiden, perhimpunan itu akan membahaskan pula usul ekonomi, usul agama dan usul pendidikan.

Perhimpunan agung kali ini menghimpunkan sebanyak 2,718 anggota perwakilan dari 191 bahagian Umno di seluruh negara.

Perhimpunan itu berlangsung selama lima hari sejak Selasa. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Persidangan Agung Umno 2017 hanya menjadi medan memburukkan Pakatan Harapan.
  • MACHANG - Kedudukan Umno Kelantan semakin mantap dan telah siap siaga untuk menghadapi PRU14, demikian menurut timbalan pengerusinya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.
  • KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Umno Kota Kinabalu, Mohd Bahrin Abd Karim menyambut baik jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, di Perhimpunan Agung Umno (PAU) untuk mengembalikan jika ada terlepas pandang dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
  • KUALA LUMPUR - Laungan Hidup Umno!, Hidup BN, Hidup Malaysia! bergema di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno 2017 menjadi laungan perang yang menandakan bermulanya misi penting gabungan parti pemerintah menghadapi ‘bapa segala pilihan raya’, yang bakal diadakan tidak lama lagi.
  • KUALA LUMPUR - Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua anggota parti supaya tidak berasa selesa dalam menghadapi pertembungan lebih daripada dua penjuru pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.