KANGAR - Pas akan bertanding di kesemua tiga kerusi kawasan Parlimen dan lapan dari 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perlis.

Pesuruhjaya Pas Perlis, Hashim Jasin yang mengumumkan senarai calon Pas, berkata seorang muka baharu akan dicalonkan untuk bertanding di kerusi kawasan Parlimen Padang Besar iaitu Ketua Urusan Ulamak Pas Kawasan Padang Besar, Azamhari Mohamood, 45, seorang pendidik manakala Anggota Jawatankuasa Perhubungan Pas Perlis, Baharuddin Ahmad, 57, diletak untuk bertanding di Parlimen Kangar sementara Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din, 73, bagi kerusi Parlimen Arau.

Ketiga-tiga kerusi itu disandang oleh Barisan Nasional.

Bagi kerusi DUN, beliau berkata beliau tidak akan mempertahankan kerusi Dun Sanglang kerana ingin memberi peluang kepada calon lebih muda untuk bertanding iaitu Ketua Penerangan Pas Perlis, Mohd Shukri Ramli, 52.

Sementara Yang Dipertua PAS Kawasan Arau, Rus'se;e Eizan, 56, akan mempertahankan kerusi Simpang Empat.

Hanya kerusi Dun Sanglang dan Simpang Empat yang dimenangi Pas dalam pilihan raya umum 2008.

Calon Pas untuk lain-lain kerusi Dun ialah Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Padang Besar, Wan Kharizal Wan Khazim, 51, (Beseri), Timbalan Pesuruhjaya Pas Perlis, Mohd Anuar Tahir, 60 (Santan), Setiausaha Jabatan Pilihanraya Pas Perlis, Abdul Jamil Kamis, 53, (Bintong), Setiausaha Badan Perhubungan Pas Perlis, Ya'akub Abu Seman, 43, (Kayang), Ketua Dewan Ulamak Pas Perlis, Udris Yaacob, 60, (Pauh) dan peguam Zulmi Zabri (Guar Sanji). - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA TERENGGANU - Umno Terengganu berbesar hati untuk menjalinkan kerjasama dengan Pas terutama berkait dengan kepentingan agama dan orang Islam.
  • SHAH ALAM - Pas belum memecat Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar kerana parti itu mahu memberi fokus sepenuhnya terhadap PRU14.
  • SHAH ALAM - “Saya tidak mahu mengkhianati rakyat dengan menjadi calon parti (Pas) yang hanya mahu menang 40 kerusi dan tidak bersedia mengambil alih kuasa politik negara ini,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.
  • KUALA TERENGGANU - Pas wajar ambil tindakan segera mengadakan pertemuan dengan Umno bagi membentuk kerjasama antara kedua-dua parti demi kepentingan rakyat dan negara.
  • MARANG - Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi menyifatkan parti pembangkang tidak mendapat peluang yang adil dalam sistem demokrasi di negara ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.