KOTA BHARU - Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dinasihatkan untuk keluar Pas daripada terus mengkritik dan menyerang parti itu.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, seharusnya pemimpin itu keluar parti memandangkan apa yang dikritiknya sebelum ini langsung tidak diambil peduli oleh parti.

“Seelok-eloknya dia yang keluar, daripada jadi macam sekarang ini, tidak tahu ke mana, duduk dalam Pas tapi serang Pas. Kritik Pas, baik dia isytihar keluar, buat apa duduk lama-lama dalam Pas,” katanya.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Mahfuz yang didakwa berkata Pas tidak perlu menunggu muktamar parti itu April ini untuk menentukan kerjasama dengan PKR kerana Pas sudah mengetahui PKR mempunyai hubungan dengan DAP dan Amanah.

Sehubungan itu, Mahfuz mencadangkan Pas menarik diri daripada kerajaan Selangor yang turut dianggotai PKR dan DAP bagi membuktikan ketegasan prinsip parti Islam itu.

Mengulas isu tersebut, Mohd Amar berkata, Pas tidak mengambil kira apa yang dinyatakan Mahfuz itu dan pemimpin tersebut diminta meninggalkan parti jika benar-benar tidak berpuas hati dengan perjuangan, keputusan dan apa sahaja yang dibuat dalam parti.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • ALOR SETAR - Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menepis dakwaan segelintir pihak yang mendakwa beliau akan bertanding sebagai calon bebas pada PRU14.
  • SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mendedahkan bahawa pendirian beliau cukup jelas untuk bersama Pakatan Harapan (Harapan).
  • BALING - Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menegaskan hubungannya bersama rakan-rakannya dalam ahli Pas tetap utuh biarpun berlainan ideologi parti politik.
  • ALOR SETAR - Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kenyataannya sengaja diputar belit pemimpin Umno, yang mendakwa beliau menghina Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menerusi video ceramah yang tular.
  • SHAH ALAM - Bekas pemimpin Pas, Datuk Mahfuz Omar berterima kasih kepada pihak yang mengingatkannya soal lafaz bai'ah dan mahu beliau meletak jawatan Ahli Parlimen Pokok Sena.