KOTA BHARU - Kenyataan pemimpin DAP, Lim Kit Siang mahu Pakatan Harapan menerima kenyataan yang mereka terpaksa bertembung tiga penjuru dengan Pas dan BN dalam PRU14 menunjukkan pakatan itu sedang berdepan dengan masalah.

Jika tiada masalah, sudah tentu isu rundingan kerjasama dengan Pas tidak lagi perlu diperkatakan sesudah Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan memutuskan yang mereka tidak akan bekerjasama dengan Pas dalam PRU14 itu.

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysian (Mapan), Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, bila isu ini masih diperkatakan, ia menunjukkan masih ada pemimpin Pakatan yang mempunyai hasrat untuk berunding dengan Pas.

"Isu berunding dengan Pas ini sepatutnya sudah mati bila Majlis Presiden Pakatan memutuskan dengan tegas bahawa Pakatan tidak akan bekerjasama dengan Pas dalam PRU 14, tetapi bila Lim Kit Siang terus membangkitkannya ia menggambarkan ada sesuatu yang tidak kena dalam Pakatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika megulas kenyataan Kit Siang bahawa terdapat keperluan segera untuk menerima realiti pertandingan tiga penjuru bagi membolehkan Pakatan fokus kepada usaha memenangi PRU 14 kerana masa yang ada semakin suntuk.

Kamarul Zaman berkata, Pakatan Harapan adalah satu pakatan rasmi yang mempunyai perjanjian rasmi yang membutirkan kaedah ia harus dikendalikan, termasuk apa yang boleh dilakukan jika mana-mana butiran perjanjian tersebut dilanggari.

“Bila keputusan sudah dibuat maka sepatutnya isu ini sudah tidak dibangkitkan lagi dan sesiapa yang melanggar keputusan ini perlu dikenakan tindakan disiplin barulah Pakatan akan dihormati.

"Bagaimanapun, bila isu ini terus diperkatakan dan sokongan terus diberikan kepada usaha untuk berunding dengan Pas tanpa ada tindakan disiplin kepada pihak yang terbabit maka Majlis Presiden Pakatan seolah-olah tiada wibawa dan boleh diperkotak-katikkan," katanya.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Bahang PRU14 sudah mula dirasai, ditambah dengan pembentangan bajet dari BN dan Pakatan Harapan (Harapan). Persoalannya, mampukah Harapan terus membawa misi mereka menawan Putrajaya dengan bajet bayangan bersama-sama manifesto sebelum ini?
  • PUTRAJAYA - Kelewatan pendaftaran Pakatan Harapan dikaitkan dengan unsur sabotaj agar gabungan parti pembangkang itu tidak dapat didaftarkan segera.
  • SHAH ALAM - Koordinator Deklarasi Rakyat, Khairuddin Abu Hassan mempersoalkan siapakah yang dimaksudkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai penyangak dalam Pakatan Harapan.
  • KUALA LUMPUR - Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang perlu memperjelaskan pendiriannya berhubung penghinaan yang dilemparkan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kumpulan etnik Bugis sehingga menimbulkan kekecohan baru-baru ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak.
  • SEGAMAT - Pakatan Harapan (Harapan) akan terus memafailkan bantahan terhadap pemindahan anggota tentera atau pasangan mereka ke Kem Segamat di kawasan Dun Jementah yang masih belum siap dibina.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.