KOTA BHARU – Umno Kelantan minta kerajaan melakukan siasatan terhadap dana politik yang diterima oleh PKR, Pas dan DAP, jika siasatan tersebut dilakukan terhadap parti mereka.

Pengerusinya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, kerajaan mempunyai kuasa untuk menyiasat jika wujud perkara yang diragui dan tidak sahih.

“Saya pun ada mendengar khabar bahawa dana politik yang kita terima akan disiasat. Saya nak tanya di sini, mana parti politik yang tidak menggunakan wang? Ini bohong. Kalau nak siasat Umno, kenapa tidak siasat dana politik PKR? Dari mana datangnya dana politik Bersatu, DAP, dan Pas.

“Mengapa Umno sahaja yang menjadi sasaran dalam hal ini. Jika bercakap mengenai ‘Rule of law’, maka kena siasat semua. Tapi kita laksanakan atau tidak ‘rule of law’ itu. Kalau nak siasat saya selaku pengerusi perhubungan pun, siasatlah,”katanya kepada media di sini.