SHAH ALAM - Walaupun dilihat hubungan begitu erat namun Umno dan Pas masih berkira-kira menjalinkan kerjasama di negara ini.

Penganalisis politik, Prof Datuk Dr Ramlah Adam berkata, Umno dan Pas mempunyai perjuangan yang sama di mana kedudukan kedua-dua parti itu di luar kerajaan.

Menurutnya, kedua-dua juga pernah mewujudkan hubungan kerjasama malah pernah memutuskan hubungan sekaligus menganggap seolah-olah terdapat sesuatu isu yang sedang mereka teliti sebelum mengambil keputusan untuk mewujudkan penyatuan itu.

"Sebenarnya masih terlalu awal untuk melihat sejauh mana kerjasama itu namun bagi saya sudah nampak tiada satu penjelasan yang jelas dalam hubungan mereka.

"Kita boleh lihat mereka tidak mahu wujud satu kerjasama yang kekal dan berkira-kira untuk mengatasi antara satu sama lain," katanya kepada Sinar Harian.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan akar umbi Pas-Umno sukarkan kerjasama ]

Ramlah berkata, jika bandingkan Umno dan Pas semua sedia maklum Umno lebih besar, dalam masa yang sama mereka masih lagi ragu-ragu sebab mereka tidak mahu ditelan antara satu sama lain.

Jelasnya, pada masa ini kedua-duanya dilihat seperti menguji-uji keadaan sedangkan rakyat tentu suka akan penyatuan atau kerjasama sekiranya bergabung cumanya mereka tiada kuasa untuk menentukan.

"Kebanyakan pemimpin pula terlampau banyak berfikir dan mencampuradukkan pelbagai perkara dan akhirnya mengambil masa untuk menjalinkan kerjasama.

"Bagi saya kedua-dua parti ini perlu duduk bersama secara tertutup untuk membincangkan kemungkinan-kemungkinan untuk wujudkan kerjasama itu. Pas dan Umno sebenarnya tidak perlu bersatu tetapi mereka boleh mengekalkan Umno dan Pas cumanya mereka perlu wujudkan kerjasama yang lebih efektif dan jelas terutama untuk kepentingan orang Melayu dan Bumiputera," katanya.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Umno, Pas semakin rapat ]

Terdahulu, Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan perubahan landskap politik pasca PRU14 menjadikan hubungan Umno dan Pas semakin erat.

 Menurutnya, Umno dan Pas akan menjalin kerjasama sekiranya terdapat isu-isu yang boleh dibincangkan bersama.

“Kita kerjasama melalui kes-kes atas dasar taawun, landskap politik baharu membantu kita (kerjasama) lebih rapat sesama sendiri