TEMERLOH - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yakin tindakan Tun Dr Mahathir Mohamed berjumpa dengan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) tidak akan menjejaskan sokongan kaum India terhadap BN.

Katanya, ini kerana sejak menerajui kerajaan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan pebagai usaha untuk menjaga kebajikan dan membela nasib kaum itu.

“Dia (Dr Mahathir) boleh berjumpa dengan sesiapa sahaja yang dia nak, namun dalam masa yag sama, percayalah hanya kerajaan BN di bawah pimpinan Najib yang mampu membela nasib rakyat tidak kira Melayu, Cina mahupun India.

“Semasa menjadi perdana menteri 22 tahun, apa yang telah beliau lakukan untuk bela nasib orang India dan hal ini masyarakat India dan Hindraf sendiri sedar tentang kebenarannya.

“Baru ini ada dalam kumpulan WhatsApp ada disebarkan bahawa kalau beliau diberikan peluang, beliau akan lakukan lebih baik daripada dahulu.

“Semasa jadi perdana menteri 22 tahun lalu tak pula dibuatnya, takkan umur dah dekat 100 tahun baru nak buat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Perwakilan Umno Bahagaian Kuala Krau di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Umno Bahagian Kuala Krau, Datuk Seri Ismail Mohamed Said; Ketua Pemuda Umno Bahagian Fadzle Abdul Mubin dan ketua Puteri Umno Bahagian, Nur Afzan Abu Kassim.

Dr Mahathir menemui Pengerusi Hindraf di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, Jumaat lalu, untuk mengajak kumpulan itu menyertai gabungan parti pembangkang.

Dalam pada itu, Abdul Azeez menyatakan kesediaan untuk menjadi orang tengah kepada BN dan Umno untuk berjumpa dengan masyarakat India bagi menerangkan tentang dasar dan langkah-langkah yang  kerajaan di bawah pimpinan Najib telah dan akan lakukan untuk membela nasib masyarakat India di negara ini.

"Mereka lebih faham jika saya menjelaskan mengenai pelbagai isu semasa dalam bahasa Tamil... dia (Dr Mahathir) tidak boleh bercakap dalam bahasa ibunda masyarakat India tetapi saya boleh,” katanya. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BERA - BN terutamanya Umno mesti bekerja keras ke arah berhadapan dengan pertandingan satu lawan satu bagi menghadapi pembangkang terutama Pakatan Harapan pada PRU14 akan datang.
  • KUALA LUMPUR - Pemuda Umno merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas sikap ambil peduli kerajaan terhadap cadangan yang pernah diutarakan menerusi ketuanya, Khairy Jamaluddin beberapa tahun kebelakangan ini, sehingga direalisasikan oleh kerajaan.
  • SHAH ALAM - Pengerusi Parti Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan mereka yang memberi undi kepada Pas, sama seperti mengundi BN.
  • JELI - Lebih 30,000 anggota veteran Umno Kelantan bersedia untuk membantu Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.
  • IPOH - Hasrat Presiden Parti Progresif Penduduk (MyPPP), Tan Sri M. Kayveas bertanding kerusi Parlimen Cameron Highlands PRU14 akan dibincangkan Mesyuarat Dewan Tertinggi BN minggu ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.