TEMERLOH - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak hari ini merasmikan Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM)2017 di Dataran Temerloh, di sini.

MSAM 2017 yang bertemakan "Pelaburan 360 PNB" berlangsung selama enam hari bermula hari ini sehingga 25 April akan memuatkan pelbagai aktiviti pendidikan pelaburan, dengan matlamat memperkasa ilmu masyarakat mengenai pelaburan dan perancangan kewangan.

PNB kini mengurus lebih 216 bilion unit dalam edaran milik lebih 13 juta pemegang akaun. Aset di bawah pengurusan PNB kini mencecah RM266.5 bilion berbanding RM158.3 bilion pada 2010.

Hadir sama pada majlis perasmian MSAM 2017, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad Tan Sri Abdul Wahid Omar dan Presiden Eksekutif Kumpulan PNB Datuk Abdul Rahman Ahmad.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak,menasihati orang ramai agar mengawal nafsu makan tatkala menikmati juadah sepanjang Aidilfitri ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.