Lagi serangan buaya, lelaki dibaham ketika ambil pukat

Lokasi kejadian mangsa dibaham buaya di perairan Kampung Mundas, Tungku, Lahad Datu.
Lokasi kejadian mangsa dibaham buaya di perairan Kampung Mundas, Tungku, Lahad Datu.
A
A
A

LAHAD DATU - Seorang lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil pukat yang dipasang di laut dalam kejadian di Kampung Mundas, Tungku, dekat sini pada Selasa.

Mangsa yang berusia 20 tahun ditemukan pada jam 10 pagi dengan kesan gigitan pada tubuh badan akibat dibaham reptilia tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintenden Jimmy Panyau berkata, siasatan awal mendapati mangsa keluar ke laut pada jam 7 pagi.

Seorang lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil pukat yang dipasang di laut.
Seorang lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil pukat yang dipasang di laut.

"Mangsa keluar untuk mengambil hasil laut daripada pukat yang dipasangnya pada Isnin.

"Bagaimanapun, seekor buaya dipercayai muncul secara tiba-tiba lalu membaham mangsa pada bahagian perut dan dada sebelah kiri sebelum mangsa tenggelam," katanya dalam kenyataan.

Susulan kejadian itu, ahli keluarga dan penduduk kampung telah menjalankan pencarian sehingga mangsa ditemui di lokasi tersebut.

Artikel Berkaitan:

Keadaan mayat mangsa yang dibaham buaya di perairan Kampung Mundas, Tungku, Lahad Datu.
Keadaan mayat mangsa yang dibaham buaya di perairan Kampung Mundas, Tungku, Lahad Datu.

"Mangsa ditemukan semula dalam keadaan terapung dan sudah tidak bernyawa di kawasan pantai kampung tersebut.

"Dengan penemuan mayat tersebut, kes diklasifikasi sebagai mati mengejut," katanya.

Mangsa ditemukan semula dalam keadaan terapung dan sudah tidak bernyawa di kawasan pantai kampung tersebut.
Mangsa ditemukan semula dalam keadaan terapung dan sudah tidak bernyawa di kawasan pantai kampung tersebut.

Katanya lagi, sebarang maklumat berhubung kejadian itu diminta berhubung terus dengan Sub-Inspektor Mohd Tahir Radin Hassan di talian 089-881255 atau ke balai polis berhampiran.

Seekor buaya dipercayai muncul secara tiba-tiba lalu membaham mangsa.
Seekor buaya dipercayai muncul secara tiba-tiba lalu membaham mangsa.

"Orang ramai juga dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada ketika melakukan aktiviti di kawasan laut atau sungai bagi mengelak kejadian tidak diingini," katanya.

Sebelum itu Sinar Harian pada Isnin melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun maut akibat dibaham buaya di sungai Kampung Tagupi di daerah yang sama.

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!