MUTAKHIR ini semuanya mudah. Sudah hampir semua benda berada di hujung jari sahaja.

Pendek kata, belacan sampai lah ke pakaian dalam pun boleh dibeli 'online' atau atas talian sahaja!

Bagi peniaga, bisnes online ini adalah fasa yang masih boleh dianggap baharu meskipun ia tumbuh bak cendawan selepas hujan.

Namun persoalannya, apa akan jadi dengan nasib peniaga yang kekal dengan cara lama dan belum bersedia berubah? Adakah perniagaan mereka akan mati hanya kerana kecanggihan teknologi ini?

Semua ini akan dibincangkan dalam Wacana Sinar Harian Siri ke-44 yang akan berlangsung hari ini di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam dengan tajuk ‘Perniagaan 'Online' Bunuh Perniagaan Konvensional'

Wacana ilmu yang bermula jam 2.45 petang ini akan membawakan beberapa orang panel terkemuka, antaranya adalah Pengarah Urusan Sifubads Sdn Bhd, Sifu Jamal (Jamaluddin Bahari), Timbalan Pengerusi Dewan Perniagaan Antarabangsa Kuala Lumpur dan Pengasas Aura Seri, Datin Ira Ghani, Ketua Pegawai Eksekutif Zawara Sdn Bhd, Kamarul Arif dan Pengerusi Persatuan Peniaga-peniaga Bukit Bintang, Kuala Lumpur, Hassan Saad.

Program ilmiah ini akan dikendalikan oleh Nazri Kahar dari Astro Awani:-

2:45 petang: Orang ramai mula mengambil tempat bagi mengikuti siri wacana Sinar Harian yang akan bermula sebentar sahaja lagi.

2:57 petang: Panelis sudah mengambil tempat. Wacana akan bermula sebentar sahaja lagi.

3.05 petang: Moderator: Media sosial adalah lubuk bagi masyarakat indie untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

3.06 petang: Moderator: Melihat kepada keadaan hari ini, perniagaan atas talian telah mencatatkan perkembangan yang sangat luar biasa.

3.10 petang: Namun kita tidak tahu adakah perniagaan online boleh bunuh perniagaan konvensional di negara kita," katanya lagi.

3.11 petang: Mari kita dengarkan pengalaman dari panelis yang selama ini bergelumang dengan dunia perniagaan.

3.12 petang: Moderator minta panelis jelaskan adakah perniagaan online akan terus berkembang pesat untuk sedekad dua ini? Dan adakah perniagaan online akan bunuh perniagaan konvensional?

3.14 petang:  Panelis pertama, Pengerusi Persatuan Peniaga-peniaga Bukit Bintang, Kuala Lumpur, Hassan Saad mengakui beliau yang berniaga hampir 25 tahun, bila timbul trend perniagaan online, memang timbul sedikit kegusaran.

3.15 petang: Beberapa tahun ini pun ekonomi tidak menentu, jadi bagi saya kejatuhan perniagaan konvensional bukan disebabkan perniagaan online.

3.16 petang: Namun, masih ada yang mengekalkan perniagaan konvensional dan masih mempunyai permintaan dalam pasaran, kata Hassan.

3.17 petang: Hassan yakin dalam tempoh lima tahun akan datang, saya yakin perniagaan konvensional masih relevan pada masa akan datang.

3.18 petang: Bagi saya perniagaan online hanya untuk fesyen dan keperluan anak muda masa kini, kata Hassan.

3.20 petang: Namun bagi keperluan lain, orang ramai masih mengunjungi kedai dan pasar untuk membeli keperluan.

3.23 petang: Ketua Pegawai Eksekutif Zawara Sdn Bhd, Kamarul Arif pula berpandangan, tak semua konvensional terkesan dengan perniagaan online.

3.24 petang: Perniagaan internet bukan fenomena tapi ia adalah evolusi. Ia akan jadi lebih baik, katanya.

3.25 petang: Ujarnya lagi,  evolusi ini akan bertambah lebih baik. Ia bantu konvensional. Contoh ada yang suka membaca berita, lebih duka baca fikizal, berbanding digital.

3.25 petang: Namun kata Kamarul lagi, perniagaan online ini ada kelemahannya.

"Peniaga perlu ada usaha untuk yakinkan pembeli," katanya.

3.26 petang: Menurutnya, perniagaan online ada kos tapi mengefiesyienkan lagi perniagaan.

3.28 petang: Dengan pelaburan sama seperti perniagaan konvensional, bisnes online boleh mensasarkan kepada berjuta-juta orang di serata dunia.

3.30 petang: Timbalan Pengerusi Dewan Perniagaan Antarabangsa Kuala Lumpur dan Pengasas Aura Seri, Datin Ira Ghani pula berpandangan, perniagaan konvensional nampak keikhlasan sebab sediakan premis. Kalau nak meniaga, orang nak tau siapa tuan, apa barang.

3.31 petang: Menurutnya, "bisnes online ini kita tidak tahu. Online barang kita lihat cantik tapi bila sampai, barang tidak sama, kecewa rasa ditipu".

3.32 petang: "Bisnes perlu ada skill untuk buat perhubungan awam dengan pelanggan. Banding jika bagi penerangan secara nyata banding dengan pm tepi di media sosial," katanya lagi.

3.33 petang: "Skill komunikasi juga tiada. Sekarang jika tidak pandai cakap pasal produk, tiada siapa percaya," tambahnya lagi.

3.34 petang: Menurutnya lagi, dahulu iklan boleh disekat, namun kini semuanya lebih terbuka.

"Bagi saya ia tidak beretika," kata Ira lagi.

3.35 petang: "Online tak bunuh pun perniagaan konvensional.. saya  okay sahaja. Perniagaan online yang bunuh bisnes online, satu hari beribu orang jadi usahawan," tambah beliau lagi.

3.37 petang: Pengarah Urusan Sifubads Sdn Bhd, Sifu Jamal (Jamaluddin Bahari): "Perniagaan online melengkapkan perniagaan konvensional".

3.40 petang: Kata Jamal, perniagaan online membunuh jika orang itu gagal menggunakan online dalam cara pemasaran mereka.

3.40 petang: Moderator bertanyakan kepada Hassan sama ada peniaga lama sukar berubah atau apa isu sebenarnya.

3.41 petang:  Peniaga lama memang susah terima trend baharu kerana cara dan kaedah berbeza.

3.42 petang: Menurut Hassan, "meskipun rancak di online, tetap guna iklan di papan iklan juga akhirnya. Online hanya nilai tambah kepada perniagaan konvensional."

3.42 petang: Tambah Jamal, banyak perniagaan konvensional gagal disebabkan terlalu memfokuskan trafik di kawasan itu sahaja.

3.44 petang: Menurut Hassan, memang trend perniagaan online tumbuh bagai cendawan selepas hujan, tetapi perniagaan konvensional masih memenuhi keperluan.

3.45 petang: Jelas Hassan lagi, "saya setuju perniagaan online diguna sebagai nilai tambah kepada perniagaan konvensional. Namun tidak semua boleh dibuat secara online," katanya.

3.50 petang: Moderator: Zawara bukan baharu, sudah lama perniagaan online?

3.51 petang:  Zawara lahir pada 2012. Kami meletop bila buka butik selepas itu.

3.51 petang: Kamarul Arif berpendapat, pembeli bukan hanya ditipu peniaga online, malah dalam perniagaan konvensional juga ada yang menipu.

3.52 petang: Akaun Facebook 17 juta pengguna, Youtube 48 juta pelayar. Jadi lebih besar peluang kepada peniaga atas talian, " katanya lagi.

3.53 petang: Menurut Kamarul Arif,  perniagaan online bukan sekadar transaksi menjual tetapi ada branding.

3.54 petang: Tambahnya, "dengan bantuan internet, penjualan jadi unik di mana boleh jual lebih dari satu kerana ada banyak pilihan."

3.56 petang:  Internet, boleh meruntuhkan perniagaan offline. Zawara lancarkan sistem baru dengan bantuan ejen dibantu dengan media online yang lain," katanya lagi.

4.00 petang: Moderator:  Berapa peratus beli online dan offline?

4.01 petang: "25 peratus online, 75 peratus masih konvensional. Tetapi pemasaran online membantu pemasaran dari kedai atau ejen kami," jelas Kamarul Arif.

4.02 petang: Menurutnya lagi, pembelian online untuk kosmetik 0.99 peratus sahaja selebihnya konvensional.

4.03 petang: Tambahnya, jualan baju pula di Zawara masih tinggi 33 peratus. Peratusan online kami dapat dari SKMM.

4.03 petang: "Adakah trend ini akan meningkat atau merudum tapi online sampai bila-bila? Bagaimana personaliti brand online dapat diangkat?," soal moderator.

4.04 petang: Menurut Ira, kuasa jualan masih di tangan bisnes konvensional.

4.05 petang: Menurut pandangannya, perniagaan online lebih dikuasai golongan muda.

"Online ini siapa ada kuasa 'spending power'? Online banyak usia remaja," katanya.

4.10 petang: "Orang yang buat konvensional harus nyatakan diri secara terus, bila online ramai tak kenal," katanya.

4.11 petang: Ira mengambil contoh, ini kali pertama berjumpa pemilik Zawara.

"Ambil contoh hari ini baru lihat pemilik Zawara kerana kebanyakan orang meniaga online dia sendiri beri testimoni. Lihat media sosial dia boleh edit," katanya lagi.

4.12 petang: Konvensional harus jaga kualiti produk dan juga skill untuk jual produk. Skill perniagaan harus ada, skill komunikasi harus ada," kata Ira.

4.15 petang: "Orang bisnes online boleh cerita apa-apa indah khabar dari rupa... di alam maya, walaupun pakai visualisasi, tapi tak dapat bayangkan. Jatuh hati di online sifat sementara, tapi konvensional tahan lama," katanya lagi.

4.16 petang: Ira turut berkongsikan cara beliau melatih usahawan.

"Saya train usahawan melalui cara konvensional, cara berdepan dengan pelanggan kerana mereka senang tanya pelbagai soalan, tapi ia jadikan kita bijak pandai," katanya.

4.18 petang: Menurut Ira, "bisnes online macam-macam ada. Ada aksi tidak sepatutnya, bagi saya sudut positif banyak tetapi sudut negatif, ia ajar perkara tidak baik..

"Ayat dan aksi itu sendiri. Tidak nafi online bantu konvensional, namun asas perlu ada," katanya.

4.20 petang: "Ada peniaga in born, ada yang mula dari bawah. Macam saya buat kecil-kecil tapi yang buat kita berjaya kerana ada skill, dan develop dalaman," kata Ira lagi.

4.21 petang: Berniaga ini harus beretika, lihat matlamat, jika matlamat nak buat duit ni jadi macam-maca, tidak beretika," ujarnya.

4.25 petang: Kata Ira lagi, "bukan saya kata bisnes online tidak bagus, ia bagus cuma kadang-kadang tidak bagus kerana tiada sempadan, maka jadi beginilah.. anda juga harus bijak sebagai pembeli.

"Konvensional pun ada juga tidak betul, ada juga yang ditipu," katanya.

4.30 petang: Sementara menurut Sifu Jamal pula, "peniaga online perlu mengurus kewangan dengan cara yang betul untuk mengembangkan terus perniagaan.

4.31 petang: "Banyak pembelian produk (online) adalah kerana inspirasi terhadap produk itu," kata Jamal.

4.34 petang: Pesan Jamal, kepada yang berniaga online hendaklah "guna ayat negatif dan melampau kepada positif bagi mengelakkan sensitiviti terhadap mana-mana individu. Guna testimoni yang betul," katanya.

4.40 petang: Peserta wacana diberi peluang bertanyakan soalan.

Adakah anda terfikir bagaimana hendak memperkasakan sistem muamalat dalam perniagaan?, soal Haji Nik.

4.50 petang: Rumusan. Menurut Ira, walau apa pun cabang bisnes yang diceburi, mestilah ada ilmu.

"Harus ada etika yang betul, jangan main redah. Niat kena betul.

4.51 petang: Katanya lagi, "perniagaan konvensional ini dah lama dan terbukti ia menjadikan seseorang real bisnes dalam pasaran, namun teknologi jangan terlepas pandang.

4.52 petang: "Sebenarnya bisnes online tidak bunuh sesiapa pun, jika ada ilmu nescaya perniagaan dapat, kekal lama," tambahnya lagi.

4.52 petang: Sementara menurut Sifu Jamal pula, tidak perlu terikut-ikut, buat bisnes berdasarkan kepakaran sendiri.

"Usah ikut orang lain, jangan lihat orang lain. Buat apa yang anda selesa, apa yang anda pakar," katanya.

4.55 petang: Bagi Kamarul Arif pula, "pemasaran zawara pegang pada asas, tidak ada pemasaran yang tak boleh jual kecuali menguasai pembeli.

"Pelanggan kami sentiasa ulang membeli," jelasnya.

5.00 petang: Hassan pula berkata, beliau agak sedih dengan kekurangan usahawan dalam bandar. Kekuatan sebenarnya ada.

"Kita masih mampu bayar sewa hingga RM90,000 sebulan.

5.05 petang: Beliau menyeru masyarakat Melayu supaya menguasai perniagaan di dalam bandar.

"Saya seru orang Melayu kita duduk dan berniagalah dalam bandar.

Daripada Tesco sampai kedai runcit bangsa lain yang berniaga, jadi di mana kedudukan kita?

"Produk kita dalam pasaran tidak sampai lima peratus," katanya.

Wacana Sinar ke-44 melabuhkan tirai. Terima kasih

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.