RIYADH - ARAB SAUDI.  Arab Saudi buat pertama kali membenarkan golongan wanita menonton perlawanan Liga Perdana kelab al-Ahli menentang al-Batin di stadium Pearl di Jeddah, kelmarin.

Kesemua mereka yang kelihatan teruja ditempatkan di kerusi khas bersama keluarga masing-masing.

Terdahulu, sebuah bilik pameran kereta pertama untuk pelanggan wanita turut dibuka secara rasmi selepas golongan tersebut dibenarkan memandu bermula Jun depan. - BBC

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • RIYADH - ARAB SAUDI. Arab Saudi, semalam mengumumkan akan memindahkan AS$2 bilion (RM7.9 bilion) kepada bank pusat Yaman selepas pemimpin negara bergolak tersebut merayu bantuan dana diberikan kepada mereka.
  • RIYADH - ARAB SAUDI. 11 putera Arab Saudi ditahan polis selepas mengadakan protes membantah keputusan kerajaan menyuruh kerabat diraja membayar bil elektrik dan air mereka sendiri yang sebelum ini ditanggung oleh kerajaan.
  • RIYADH - ARAB SAUDI. Penggemar filem terkini di Arab Saudi mampu menarik nafas lega selepas kerajaan membuat keputusan untuk membenarkan pengusaha wayang kembali beroperasi selepas ia diharamkan lebih 35 tahun lalu.
  • RIYADH - ARAB SAUDI. Arab Saudi mengutuk keputusan presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang disifatkan sebagai tidak adil dan tidak bertanggungjawab.