LONDON - UNITED KINGDOM. Nampaknya percintaan antara Putera Harry, 33 tahun dan Meghan Markle, 36 tahun semakin serius apabila putera raja itu membawa kekasihnya berjumpa dengan Permaisuri.

Media tempatan melaporkan pelakon dari Amerika Syarikat itu dilihat minum petang bersama kedua-duanya pada Khamis lalu dan menghabiskan masa lebih kurang satu jam di situ.

Meghan juga dilaporkan telah berhenti dari berlakon dalam drama Suit di Amerika untuk meluangkan lebih masa bersama Putera Harry.

Rakan-rakan pasangan tersebut mendakwa mereka hanya tunggu masa sahaja untuk berkahwin.

"Persoalan sekarang ini bukan lagi jika tetapi bila," kata rakan rapat pasangan tersebut.

Putera Harry mula berpacaran dengan Meghan pada Julai 2016 dan sudah diperkenalkan pada ahli keluarga pewaris takhta Britain itu.

Sementara itu, jurucakap Istana Kensington pula tidak mahu memberikan komen mengenai perkara ini.

"Kami dihalang untuk memberikan komen berhubung perkara ini jadi, tiada komen," katanya.  - metro.co.uk

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.