KUPANG - INDONESIA . Gabenor Nusa Tenggara Barat, Zainul Majdi berkata penduduk di wilayah itu sudah pulih daripada bencana gempa bumi berukuran 7 skala Richter yang berlaku pada 5 Ogos lalu.

Namun, Zainul tidak menolak ada segelintir penduduk yang masih panik akibat gempa susulan.

"Sejak gempa bumi berskala 7 skala Richter menimpa Pulau Lombok minggu lalu, kami sudah pulih walaupun masih mengalami beberapa goncangan dengan skala yang lebih kecil," katanya.

Tambah Zainul,  pusat gempa pertama terjadi di desa Sembalun yang terletak di Kabupaten Lombok Timur.

Lokasi tersebut katanya, memiliki karakter wilayah berbukit, sehingga memberi ancaman tanah runtuh yang menyulitkan proses pemindahan mangsa.

"Pada mulanya, pelancong yang mendaki Gunung Rinjani berdepan kesulitan dan sukar dipindahkan ke kawasan lebih selamat, tetapi dalam jangka waktu dua hari, kami berhasil menyelesaikan proses pemindahan terhadap seluruh pendaki dengan jumlah lebih dari 600 orang," katanya.

Gempa bumi kuat tersebut turut dirasai di tiga pulau kecil iaituTrawangan, Meno dan Air.

Gegaran tersebut membuatkan pelancong di tiga pulau berkenaan panik dan seramai 4,600 orang telah dipindahkan ke kawasan selamat.

Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak meragut sebarang nyawa.

"Majoriti mangsa yang cedera dan terkorban akibat tertimpa runtuhan bangunan berlaku di wilayah Lombok Utara," ujar Zainul. - Detiknews