HARARE - Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe hari ini dipecat daripada menjadi pemimpin parti kerajaan, Zanu-PF.

Memetik laporan Astro Awani, keputusan itu diambil jawatankuasa pusat parti itu empat hari selepas tentera mengambil alih kuasa.

Mugabe, 93 tahun, digantikan oleh naib presiden, Emmerson Mnangagwa yang dipecat dua minggu lalu.

Isteri Mugabe, Grace, 52, juga dipecat sebagai Ketua Liga Wanita Zanu-PF.

Keputusan itu disambut dengan ribuan rakyat Zimbabwe membanjiri jalan raya meraikan kejatuhan Mugabe dan isterinya.