LUSAKA - Seekor monyet 'nakal' yang dipercayai bermain dengan pengubah arus elektrik di bandar Livingstone, Zambia, menyebabkan bekalan elektrik di kawasan tumpuan pelancongan itu terputus dan memaksa lebih 50,000 penduduknya bergelap, lapor agensi berita Xinhua.

Menurut syarikat utiliti Zesco Limited, kejadian berlaku pada pagi Ahad apabila monyet itu mengganggu pengubah voltan tinggi yang turut menyebabkan beberapa kawasan lain di sekitar Zambia barat terputus bekalan elektrik.

Badan penyiaran Zambia National Broadcasting Corporation pula melaporkan usaha memulihkan semula bekalan elektrik di kawasan terjejas sedang dilakukan.

Monyet itu bagaimanapun terselamat daripada kejutan elektrik dan dibawa turun anggota Jabatan Taman Negara dan Hidupan Liar Zambia. - Bernama
 

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.