Rumah kosong di Jepun cecah rekod baharu 9 juta

Jumlah rumah kosong di Jepun meningkat kepada rekod baharu 9 juta setakat Oktober 2023, iaitu kenaikan sebanyak 510,000 daripada tinjauan sebelumnya yang dijalankan pada 2018.
Jumlah rumah kosong di Jepun meningkat kepada rekod baharu 9 juta setakat Oktober 2023, iaitu kenaikan sebanyak 510,000 daripada tinjauan sebelumnya yang dijalankan pada 2018.
A
A
A

TOKYO - Jumlah rumah kosong di Jepun meningkat kepada rekod baharu 9 juta setakat Oktober 2023, iaitu kenaikan sebanyak 510,000 daripada tinjauan sebelumnya yang dijalankan pada 2018, lapor Xinhua.

Jumlah itu juga membentuk rekod 13.8 peratus daripada jumlah keseluruhan rumah di negara itu, bermakna satu daripada kira-kira tujuh rumah tidak berpenghuni, menurut tinjauan kementerian hal ehwal dalam negeri yang diterbitkan Selasa.

Peningkatan jumlah itu boleh dikaitkan dengan peningkatan kes yang harta benda dibiarkan tanpa pengawasan kerana penghuni warga emas bujang meninggal dunia atau berpindah ke rumah penjagaan, menurut kementerian berkenaan.

Daripada 9 juta kediaman yang tidak didiami, majoriti iaitu 4.43 juta adalah untuk disewa manakala 330,000 untuk dijual dan 380,000 adalah kediaman kedua yang kosong seperti rumah percutian. Status baki 3.85 juta tidak diketahui - meningkat sebanyak 370,000 daripada tinjauan sebelumnya.

Kaji selidik Perumahan dan Tanah dijalankan setiap lima tahun sejak 1948.

Pada 1973 bilangan rumah kosong berjumlah 1.72 juta, apabila data yang setanding tersedia, menyumbang 5.5 peratus daripada jumlah rumah. Angka itu meningkat kepada 4.48 juta pada 1993 dan telah meningkat dua kali ganda dalam tempoh 30 tahun lepas, menurut data kementerian. - Bernama-Xinhua

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: