NEW DELHI - INDIA. Operasi ketenteraan India terhadap pemberontak di wilayah yang menjadi pertikaian telah dihentikan, hari ini di bawah langkah disifatkan jarang berlaku menjelang ketibaan Ramadan.

Penggantungan operasi selama 30 hari itu adalah pertama kali dilaksanakan di Kashmir selama hampir dua dekad selepas keganasan meningkat di wilayah didiami majoriti orang Islam itu sejak beberapa bulan lalu.

Menteri Dalam Negeri, Rajnath Singh berkata, keputusan pemberhentian sementara operasi itu bagi membolehkan penduduk Islam menyambut kedatangan Ramadan secara aman.

Difahamkan, langkah itu juga bakal menghentikan pencarian militan dari rumah ke rumah, namun mereka akan bertindak jika diserang.

Kumpulan militan yang menentang pemerintahan India di wilayah itu selama hampir tiga dekad bagaimanapun tidak memberi sebarang respons tentang inisiatif itu. - AFP