SINGAPURA - Hanya seorang pemohon bagi bertanding di Pilihan Raya Presiden 2017 diberikan Sijil Kelayakan, kata Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden (PEC).

Memetik laporan Berita Harian Singapura, difahamkan bahawa bekas Speaker Parlimen Republik berkenaan, Halimah Yacob adalah pemohon yang diberi sijil tersebut.

Ini bermakna Pilihan Raya Presiden tidak perlu diadakan dan Halimah akan diisytiharkan sebagai Yang Dipertuan Negara Singapura selepas  pencalonan ditutup pada Hari Penamaan Calon, pada Rabu, 13 September ini.

Dalam kenyataannya, PEC berkata, lima individu memohon bagi Sijil Kelayakan.

Tiga daripada lima individu itu mengisytiharkan bahawa mereka anggota masyarakat Melayu dan memohon bagi Sijil Masyarakat Melayu.

Kesemua tiga individu diberikan Sijil Masyarakat Melayu ini, namun PEC memutuskan bahawa ia hanya akan mengeluarkan hanya satu Sijil Kelayakan.

Pilihan Raya Presiden 2017 dikhaskan bagi calon dari masyarakat Melayu, selepas Perlembagaan disemak tahun lalu.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :