PHNOM PENH - KEMBOJA. Mahkamah Jenayah Perang disokong PBB, hari ini mendapati dua pemimpin kanan rejim Khmer Rouge telah melakukan pembunuhan beramai-ramai ketika era pemerintahan kejam mereka pada 1975-1979.

Hakim Nil Nonn di Dewan Luar Biasa di Mahkamah Kemboja memaklumkan 'Abang Nombor Dua', Nuon Chea, 92. dan bekas presiden, Khieu Samphan, 87, dihukum penjara seumur hidup selepas didapati bersalah atas jenayah kemanusiaan dan pembunuhan beramai-ramai ke atas penduduk Islam Cham dan etnik Vietnam.

Difahamkan, kedua-dua mereka adakan pemimpin pertama Khmer Rouge yang disabit bersalah dan berdepan hukuman tersebut. - AFP