SYDNEY - AUSTRALIA. Niat seorang lelaki ingin menjimatkan wang memindahkan peti sejuk dengan menaiki kereta api tidak tercapai kerana tindakannya itu menyebabkan dia didenda.

Rakaman CCTV menunjukkan, lelaki berkenaan sanggup bersusah payah membawa barang elektrik itu yang diusungnya dengan troli menaiki lif sebelum menunggu di landasan.

Bagaimanapun, ketika cuba memasuki kereta api berkenaan, dia ditahan oleh anggota keselamatan kereta api dan didenda £149 (RM835).

Video berkenaan dimuatnaik Queensland Rail di laman Facebook dan dilaporkan dirakamkan di stesen Bowen Hills, Australia.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.