CAMBRIDGE - BRITAIN. Laman sesawang Universiti Cambridge menjadi tumpuan selepas tesis saintis terkenal, Stephen Hawking disiarkan untuk tontonan umum.

Laporan CNN mengatakan siaran tesis PhD "Properties of Expanding Universes" dari tahun 1966 tersebut adalah bersempena Open Access Week.

Disebabkan terlalu ramai cuba mengakses laman berkenaan, laman tersebut mengalami gangguan malah ada ketikanya gagal diakses.

"Kami mendapat respons menggalakkan terhadap keputusan profesor Hawking untuk membuat siaran umum tesisnya," kata jurucakap University of Cambridge, Stuart Roberts.

Kata Roberts, tesis tersebut sudah dimuat turun melebihi 60,000 kali kurang dari 24 jam siarannya.

"Hasilnya, ada masanya laman kami menjadi perlahan dari biasa, malah mungkin tidak dapat diakses langsung," jelas Roberts.

Sementara itu, Hawking gembira dengan penerimaan orang ramai terhadap siaran tersebut.

"Dengan menyiarkan tesis PhD saya kepada umum, saya berharap untuk memberi inspirasi kepada manusia seluruh dunia untuk berhenti memandang ke tanah dan mula melihat ke langit (bintang)," kata Hawking.

Kehidupan Hawking yang lumpuh seluruh badan akibat Lou Gehrig's Disease pernah difilemkan pada 2014 dalam biografi filem "The Theory of Everything".

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • CAMBRIDGE - BRITAIN. Ahli fizik, kosmologi dan saintis terkemuka dunia, Stephen Hawking memuji Wang Jungkai dari kumpulan musik TFBOYS kerana bertanyakan mengenai kemungkinan kewujudan kehidupan lain di planet bumi.